Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. budi, fikiran: ceritanya termakan oleh ~; 2. daya upaya, ikhtiar; menjalankan ber­macam-macam ~ menjalankan ber­macam-macam ikhtiar; 3. muslihat, tipu daya: itu ~nya sahaja; ~ budi fikiran yg sihat; ~ bulus = ~ kancil = ~ ubi tipu muslihat yg licin; ~ dua jengkal berasa diri sama dgn orang lain; ~ geladak tipu muslihat yg jahat; ~ melintas fikiran yg mendatang; ~ sari sl satu hari nanti; ~ sejeng­kal berasa diri lebih drpd orang lain; ~ tiga jengkal berasa diri kurang drpd orang lain; ~ akar berpulas tak patah prb orang yg pintar tidak mudah kalah dlm bersoal jawab; ~ tak sekali datang, runding tak sekali tiba prb tidak ada usaha yg serta-merta jadi sempurna; ilmu dan ~ dihalai-balaikan itulah tanda orang yg lalai prb janganlah lengah menyeli­diki ilmu-ilmu dan menambah pengetahuan; lubuk ~ tepian ilmu prb dikatakan kpd orang yg pandai; akal-akal pura-pura, dibuat-buat: dia tu demam ~ sahaja, dia tidak hendak pergi ke sekolah; seakal; ~-akal = ~ budi = sebudi ~ sekuat-kuat­­nya, dgn segenap tenaga dan fikiran; berakal mempunyai akal (fikiran), cerdik (dapat berfikir), pandai mencari akal (ikhtiar): manusia ialah makhluk yg ~; mengakali 1. mencari akal (ikhtiar) utk me­laku­kan sesuatu: diakalinya agar dapat mengahwini puteri itu; 2. menipu, memper­daya: tidak baik ~ cikgu; mengakalkan mencarikan ikhtiar (daya upaya); terakalkan dapat difikirkan oleh akal: apa­kah yg diliputi dan yg ~? (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 kekuatan otak utk menimbangkan atau utk memikirkan sesuatu; daya berfikir: Orang yg kurang ~ saja yg sanggup melakukan perkara yg tidak senonoh. 2 daya upaya atau cara utk melakukan sesuatu; ikhtiar: Dicarinya ~ bagaimana hendak melepaskan dirinya drpd bahaya itu. 3 tipu daya; helah; muslihat. ~ budi fikiran yg sihat. ~ bulus (kancil) tipu daya yg licin. ~ geladak tipu daya utk tujuan buruk. berakal mempunyai akal; cerdik; pintar. mengakali 1 mencari jalan atau ikhtiar utk melakukan sesuatu: Dia ~ usaha-usaha utk berdikari. 2 menipu atau memperdaya: Dia tidak berjaya ~ saya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata akal

Puisi
 

Tarik akar si ragi akar,
     Akar menyangkut bawah titian;
Carilah akal fikir-fikir,
     Jangan menyesal di kemudian.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Akal sebagai makan nasi lecek.

Bermaksud :

Fikiran seperti anak-anak.

 

Lihat selanjutnya...(24)


Perkhidmatan

VirtPathDisplayNameSynopsisWebURL
http://dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=vertsections&SubVertSectionID=827&VertSectionID=25&CurLocation=208&IID=&Page=1 bimbingan berkarya-cerpen untuk mengubah bentuk biasa seperti menciptakan watak daripada mahluk asing. Ketiga cerpen mimpi iaitu cerita seperti dalam mimpi, dengan sifat luar biasanya, perlambangan tertentu sehingga ada waktunya tidak boleh diterima akal. Teknik penceritaan cerpen boleh dengan dialog untuk menghidupkan pemikiran. Dengan aksi pula cerita bergerak pada dasarnya, dengan perlukisan cerita bergerak dengan latar pilihannya dan pendedahan akan memberikan gambaran atau tema Highlighter.aspx?DocId=18&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndexPerkhidmatan&HitCount=1&hits=37b+
http://dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=vertsections&SubVertSectionID=826&VertSectionID=25&CurLocation=208&IID=&Page=1 bimbingan berkarya-pantun kata untuk setiap baris ialah antara lapan hingga dua belas suku kata sahaja. Melalui bentuknya yang kemas dan padat, pantun berjaya menjadi alat yang penting untuk menghibur, memberi nasihat, menduga akal, meluahkan perasaan dan menyedapkan cakap. Pantun turut berfungsi sebagai media untuk menyampaikan hasrat yang seni atau rahsia yang tersembunyi melalui penyampaian yang berkias. KANDUNGAN PANTUN MELAYU Pembayang atau sampiran Pembayang Highlighter.aspx?DocId=17&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndexPerkhidmatan&HitCount=1&hits=31a+

Kembali ke atas