Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.ngan.a.ngan] | اڠن٢

Definisi : 1. ingatan, fikiran; jalan ~ jalan fikiran; sakit ~ tidak betul fikiran; 2. gambaran atau bayangan dlm fikiran (sese­orang yg sedang berkhayal), khayalan, fikiran atau ingatan (yg timbul dlm menungan): bunyi kuang di rimba sekonyong-konyong melenyapkan ~ Jusuh; 3. cita-cita: ~nya menjadi doktor; 4. sesuatu (harapan dll) yg tidak mung­kin tercapai (berlaku dsb), khayalan: itu bukan ~ tetapi kenyataan; 5. Mn maksud, niat: bukan ~nya hendak memalukan orang tuanya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.ngan.a.ngan] | اڠن٢

Definisi : 1 gambaran ttg masa depan seseorang yg terbayang dlm fikiran; cita-cita: ~ tokoh politik itu adalah hendak menjadi Perdana Menteri. 2 apa-apa yg diingat; ingatan: ~nya melayang kembali ke waktu dia berada di Tokyo. 3 fikiran atau gambaran ttg sesuatu yg tidak mungkin wujud; khayalan: Segala yg dikatakannya itu ~ belaka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata angan-angan

Puisi
 

Pergi seberang berangan-angan,
     Membeli ikan ditimbang kati;
Banyak orang melarang jangan,
     Saya seorang mengikut hati.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Angan-angan menerawang langit.

Bermaksud :

Selalu mencita-citakan segala sesuatu yang tinggi.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Perkhidmatan

VirtPathDisplayNameSynopsisWebURL
http://dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=vertsections&SubVertSectionID=874&VertSectionID=25&CurLocation=208&IID=&Page=1 bimbingan berkarya-puisi moden diberikan itu dapat memberikan ciri-ciri puisi yang bermutu tinggi. Sejarah Awal Puisi Melayu Moden Secara Ringkas Penulis Melayu yang pertama menulis puisi Melayu moden ialah Omar Mustaffa. Puisinya bertajuk “Angan-angan dengan Gurindam’, disiarkan dalam Utusan Melayu, 18 Januari 1913. Puisi ini dari segi bentuk dan isinya telah jauh menyimpang daripada puisi Melayu tradisional – pantun dan syair terutamanya. Dari segi bentuk Highlighter.aspx?DocId=19&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndexPerkhidmatan&HitCount=2&hits=33e+33f+
http://dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=vertsections&SubVertSectionID=827&VertSectionID=25&CurLocation=208&IID=&Page=1 bimbingan berkarya-cerpen khusus serta memberikan kesan pengajaran dan hiburan. Yang ketiga Peristiwa/persoalan dalam cerpen tersebut dituliskan dengan mata hati dan mata fikir iaitu dengan imaginasi yang mengandungi unsur-unsur pemikiran bukan angan-angan. Ada matlamat dalam penulisan cerpen ini dan biasanya hal-hal yang positif. Yang keempat Sesebuah cerpen ada teknik persembahannya iaitu cara olahannya, susunan peristiwanya dan diksi-diksi yang dipilihnya. Bentuk Highlighter.aspx?DocId=18&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndexPerkhidmatan&HitCount=2&hits=323+324+

Kembali ke atas