Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. kisah, riwayat (mengenai sesuatu peristiwa, kejadian, dll): masing-masing termenung mendengarkan ~nya; 2. karangan atau lakonan yg mengisahkan peristiwa (kejadian dll) baik rekaan atau betul-betul terjadi: ~ dlm buku itu sangat menyedihkan; 3. ki cakap kosong, kata-kata yg tiada kebenarannya: ah, itu cuma ~ saja! ~ berbingkai cerita yg mempunyai banyak cerita lain spt hikayat Bakhtiar dll; ~ binatang cerita rekaan bkn binatang (spt cerita Sang Kancil dll); ~ jenaka a) cerita yg menggelikan hati; b) (Sas) cerita rakyat yg menggelikan hati, mis Pak Pandir dan Abu Nawas; ~ pendek cerita yg pendek (tetapi memben­tangkan sesuatu kisah yg lengkap), cerpen; ~ rakyat cerita rekaan yg disukai ramai pd zaman dahulu dlm sesuatu masyarakat yg diturunkan drpd generasi kpd generasi secara lisan; ~ rekaan cerita tentang sesuatu perkara yg lahir hasil drpd daya khayalan penulis atau pengarangnya, cereka; ~ tamsilan cerita kiasan yg mengan­dungi ajaran (biasanya binatang menjadi pelakunya); dengarkan ~ burung, anak di pangku dilepaskan prb kerana mendengarkan manis cakap orang, pekerjaan sendiri disia­siakan; bercerita mengisahkan sesuatu cerita, bercakap, berbual: mereka asyik ~ tentang hal-hal yg aku tidak mengerti; ~ panjang ki menyatakan isi hati; menceritai bercerita kpd: aku diceritai mamak perkara itu; menceritakan 1. mengisahkan sesuatu kpd: demikianlah diceritakan oleh yg empunya cerita; 2. mengkhabarkan (memberitahukan, mengatakan, dll) sesuatu: saya takut hendak ~ rahsia itu kepadanya; ceritaan Jk cerita; penceritaan perihal menceritakan: cara ~ dan pengutaraan wataknya agak istimewa; pencerita orang yg bercerita: akulah ~, pelakon, dan pengarah sandiwara itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 pertuturan atau tulisan yg menerangkan sesuatu perkara (peristiwa dll); kisah: Mereka ternganga mendengar ~ bagaimana aku terselamat drpd perompak itu. 2 karangan (yg benar ataupun rekaan) yg mengisahkan sesuatu per­kara: ~ Abu Nawas. 3 lakonan (sandiwara atau wayang) yg dipertunjukkan atau ditayangkan: Lakonan dan teknik filem itu boleh dikatakan baik tetapi ~nya sukar difahami. 4 apa-apa yg dituturkan bohong belaka; omong kosong; dongeng; jangan banyak ~ jangan banyak bercakap yg tidak-tidak; itu ~ saja itu bohong belaka. ~ berbingkai sesuatu cerita yg di dlmnya banyak terdapat cerita lain (spt Hikayat 1001 Malam). ~ jenaka cerita-cerita yg menggelikan hati. ~ pendek cerita yg pendek saja tetapi lengkap; cerpen. ~ rakyat cerita rekaan dr zaman dahulu yg disukai ramai dlm se­suatu masyarakat, yg masih diceritakan atau diperdengarkan dan diturunkan drpd satu generasi kpd generasi lain secara lisan. ~ rekaan cerita ttg sesuatu perkara yg terhasil drpd daya khayalan penulis atau pengarangnya; cereka. bercerita menuturkan sesuatu cerita: Ketika guru ~, murid-murid semuanya diam. menceritai bercerita kpd: Nenek ~ aku kisah kehidupan pd zaman Jepun. menceritakan 1 menuturkan (sesuatu cerita); meriwayatkan: Penghulu tua itu telah ~ beberapa buah cerita Melayu lama kpd kami. 2 mengkhabarkan atau memberitahukan sesuatu: Saya takut hendak ~ rahsia itu kpdnya. pencerita­an hal atau perbuatan menceritakan. pencerita orang yg bercerita atau yg menceritakan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cerita

Puisi
 

Hari minggu pergi ke panggung,
     Dengar cerita anak dewa;
Hati rindu tidak tertanggung,
     Kalau tidak mati menjadi gila.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Dagangan bersambut yang dijualnya.

Bermaksud :

Cerita daripada orang lain yang diceritakannya. dagangan bersambut = barang amanah.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Perkhidmatan

VirtPathDisplayNameSynopsisWebURL
http://dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=vertsections&SubVertSectionID=893&VertSectionID=25&CurLocation=208&IID=&Page=1 bimbingan berkarya-menulis skrip drama hanya menghasilkan kekecewaan, kebuntuan atau yang sering dikatakan sebagai “writers block”. Kebuntuan lahir disebabkan tidak adanya perancangan. Tanpa perancangan, ia menyukarkan penulis mencari arah atau jalan yang betul dalam menghasilkan cerita. Tiga elemen yang cukup penting yang perlu diberikan tumpuan oleh penulis sebelum memulakan penulisan skripnya ialah: Fokus Logik Perwatakan. Fokus Untuk sebuah cerita sentiasa dalam kesatuan, watak-watak dan cara mereka berfungsi memerlukan fokus atau tumpuan. Ia tidak ada bezanya sama ada jalan cerita kita berbentuk linear, non-linear (spiral) atau selari. Sentiasa Highlighter.aspx?DocId=20&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndexPerkhidmatan&HitCount=19&hits=546+55d+572+59f+5ac+606+60f+615+622+66f+68b+6ea+714+737+73a+741+74e+752+b50+
http://dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=vertsections&SubVertSectionID=827&VertSectionID=25&CurLocation=208&IID=&Page=1 bimbingan berkarya-cerpen dalam kesusasteraan Melayu termasuk dalam kategori cereka, merupakan satu bidang yang popular. Terdapat lima genre/bidang dalam kesusasteraan Melayu moden iaitu cerpen, drama, esei/kritik, novel dan puisi. Cerpen ialah cerita berdasarkan fakta di campur dengan imaginasi. Manakala sastera pula payah diberikan definisi yang universal, justeru sastera bukan sesuatu yang dijumpai tetapi sebuah nama yang diberikan kepada sesebuah karya tertentu dalam seimbang antara pengalaman (realiti/benar berlaku) dengan rekaan (imaginasi) pengarang. Panjangnya cerpen ialah antara 5,000 hingga 20,000 patah perkataan. Oleh sebab makna dari segi istilah cerpen itu ialah cerita pendek maka ada yang menyebutkan panjang cerpen ialah sehabis meminum secawan kopi atau sehabis menghisap sebatang rokok. Apa yang mesti ada dalam karya sastera seperti cerpen? Yang pertama Intelek iaitu Highlighter.aspx?DocId=18&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndexPerkhidmatan&HitCount=6&hits=233+2a4+36b+388+38e+3cb+
http://dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=vertsections&SubVertSectionID=936&VertSectionID=25&CurLocation=25&IID=&Page=1 Laman Rasmi Dewan Bahasa dan P pada bahagian pendahuluan sahaja daripada Projek Intisari Karya Klasik yang dilaksanakan oleh Bahagian Kesusasteraan Tradisional, Jabatan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka. Intisari Karya Klasik bermakna meringkaskan karya klasik menjadi sinopsis cerita dengan menggunakan gaya bahasa yang mudah difahami supaya cerita tersebut dapat dihayati dengan cara yang mudah dan menarik. Buku intisari lengkap yang akan diterbitkan nanti bertujuan untuk menyediakan korpus bahan bacaan sastera yang baik dan bermutu untuk menarik perhatian Highlighter.aspx?DocId=6&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndexPerkhidmatan&HitCount=4&hits=2ff+308+34f+357+
http://dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=vertsections&SubVertSectionID=391&VertSectionID=25&CurLocation=40&IID=&Page=1 senarai cakera padat Media Akta Peta Laman Peta Ibu Pejabat DBP Sewaan Ruangan DBP Tiada tatalan aktif untuk kumpulan ini Trafik Feedjit Live Blog Stats Senarai Cakera Padat Cakera Padat Kanak-kanak Kumpulan Cerita Sang Kancil 1 (CD1) Kumpulan Cerita Sang Kancil 2 (CD2) Ke Mana Perginya Anak Biawak (CD) Siri Bacaan KBSR 2 (CD) Wok Dengan Singa (CD) Cerita Unggas 1 (CD) Indahnya Pelangi (CD) Superjaguh 1 (CD) Superjaguh Highlighter.aspx?DocId=1&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndexPerkhidmatan&HitCount=3&hits=215+21b+22f+
http://dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=vertsections&SubVertSectionID=551&VertSectionID=25&CurLocation=238&IID=&Page=1 Pangkalan Data Korpus - Dewan Bahasa dan Pustaka 7. Puisi 116,428 puisi yang dibukukan 8. Kad Bahan 3,130,641 kad kutipan untuk penyusunan Kamus Dewan 9. Teks Tradisional 2,825,329 Teks lama dalam bentuk hikayat, cerita rakyat 10. Buku Teks 1,095,726 Buku Teks Peringkat Rendah dan Menengah MATLAMAT DAN HASIL- HASIL KAJIAN BERDASARKAN KORPUS Pangkalan ini dibina dengan tujuan untuk menyediakan data penyelidikan yang Highlighter.aspx?DocId=14&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndexPerkhidmatan&HitCount=1&hits=428+

Kembali ke atas