Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[em.pat] | امڤت

Definisi : bilangan tiga dicampur satu (4, IV); ~ belas bilangan sepuluh ditambah empat (14, XIV); ~ besar empat negara yg berkuasa (empat orang dll yg berpangkat); ~ likur ark 24; ~ penahap (penjuru) alam = ~ tepas dunia empat arah yg ada di dunia (utara, selatan, timur, dan barat); ~ persegi bidang yg empat seginya dan mempunyai sisi yg sama panjangnya, dan tiap-tiap sudutnya 90° (segi empat sama); ~ puluh empat kali sepuluh (40, XL); ~ ratus empat kali seratus (400, CD); ~ ratus serba dua pemberian drpd pengantin laki-laki kpd pengantin perempuan yg banyaknya empat ratus ringgit belanja hangus dan dua pasang kasut (pakaian, subang, barang-barang hantaran lain); ~ segi bidang yg seginya atau sempadannya empat; ~ gasal, lima genap, dikendur berdenting-denting, ditegang berjela-jela prb pertuturan orang yg bijak itu selalu tidak diketahui ertinya; ~ susu dua perut sl prb tidak sama atau amat berbeza (keturunan, darjat, dll); berempat yg empat jumlahnya, berjumlah empat: hari yg berikutnya orang ~ itu telah keluar; berempat-empat tiap-tiap satunya (kumpulan, barisan, dll) empat jumlahnya, tiap-tiap kali empat jumlahnya: semua harus beratur ~; mereka pergi ~; mengempat; ~ puluh hari berkenduri arwah (utk orang mati) pd hari yg keempat puluh setelah ia meninggal;mengempatkan menjadikan empat (isteri dll): kekanda sendiri telah rela ~ isteri kekanda Sultan; perempat; se~ = satu ~ satu drpd empat bahagian yg sama banyak, suku (41); memperempat membahagi kpd empat bahagian; keempat (peringkat, bilangan, dll) yg nombor empat; keempat-empat kesemuanya yg empat jumlahnya, empat (orang dll) sekali; perempatan 1. simpang empat jalan; 2.bahagian yg terdiri drpd suku sesuatu, sukubahagian drpd sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[em.pat] | امڤت

Definisi : bilangan tiga dicampur satu; 4: ~ belas 14; ~ puluh 40; ~ ratus 400. ~ penjuru alam arah yg empat di dunia (timur, barat, utara, selatan). ~ segi mempunyai empat sempadan lurus (bkn sesuatu bentuk). berempat empat jumlahnya: Orang yg ~ itu ke mana perginya? berempat-empat setiap kali empat; setiap kumpulan empat banyaknya: Mereka masuk ~. mengempat; ~ puluh hari mengadakan majlis bertahlil dan berdoa pd hari yg keempat puluh setelah seseorang meninggal. mengempatkan menjadikan jumlahnya empat. memperempat membahagikan kpd empat bahagian. keempat yg nombor empat: Rukun iman yg ~ ialah percaya akan sekalian rasul. keempat-empat empat-empat sekali. perempat dibahagikan dgn empat. seperempat, = satu perempat satu dibahagikan dgn empat; satu drpd empat bahagian yg sama; suku ( ). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata empat

Puisi
 

Kain empat lipat empat,
     Lipat mari di atas geta;
Cari hak lain payah nak dapat,
     Baiklah balik janda sedia.


Lihat selanjutnya...(59)
Peribahasa

Bagai bulan empat belas.

Bermaksud :

Kecantikan wajah seseorang wanita. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Serupa bulan penuh, b. Serupa burak).

 

Lihat selanjutnya...(16)

528

It's six of one and half a dozen of the other

Dua pihak atau perkara yang dianggap sama sahaja buruknya, tidak lebih dan tidak pula kurang.

Dua kali dua empat

My little brotherblamed his friend for starting the fight, but as far as I could tell, it's six of one and half a dozen of the other. Both are equally naughty.

Adikku menuduh kawannya yang memulakan pergaduhan, tetapi setahu aku, kedua-duanya sama sahaja nakalnya : sekali tiga wang.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(11)

Perkhidmatan

VirtPathDisplayNameSynopsisWebURL
http://dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=vertsections&SubVertSectionID=826&VertSectionID=25&CurLocation=208&IID=&Page=1 bimbingan berkarya-pantun terdapat dua jenis utama pantun iaitu pantun berkait dan pantun tidak berkait. Bilangan baris dalam setiap rangkap pantun dikenali sebagai kerat. Lima bentuk utama pantun ialah pantun dua kerat, pantun empat kerat, pantun enam kerat, pantun lapan kerat dan pantun dua belas kerat. Pantun yang popular digunakan ialah pantun dua kerat dan empat kerat. Setiap pantun mesti mempunyai pembayang dan maksud pantun. Pembayang dalam setiap rangkap adalah separuh pertama daripada keseluruhan jumlah baris dalam rangkap berkenaan. Separuh kedua dalam setiap rangkap pantun pula Highlighter.aspx?DocId=17&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndexPerkhidmatan&HitCount=6&hits=276+28c+2e2+37d+39d+433+
http://dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=vertsections&SubVertSectionID=588&VertSectionID=25&CurLocation=25&IID=&Page=1 Daftar Kata Bahasa Melayu:Rumi-Sebutan-Jawi - Dewan Bahasa dan Pustaka 499 73235105 No. ISBN: 983624672X Tahun Terbitan: 2001 Harga Buku: RM35.00 No. KK: 499 94685105 No. ISBN: 9836271147 Tahun Terbitan: 2001 Harga Buku: RM35.00 Buku ialah suatu terbitan empat dalam satu, iaitu pedoman umum dan satu daftar kata. Tiga pedoman yang dimuatkan dalam buku ini merupakan pedoman ejaan Rumi, pedoman sebutan baku dan pedoman ejaan jawi terkini, manakala daftar Highlighter.aspx?DocId=5&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndexPerkhidmatan&HitCount=1&hits=243+
http://dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=vertsections&SubVertSectionID=918&VertSectionID=25&CurLocation=25&IID=&Page=1 Laman Rasmi Dewan Bahasa dan P digerakkan oleh Bahagian Kesusasteraan Tradisional, Dewan Bahasa dan Pustaka pada 24 hingga 29 Julai 2000. Antara lagu-lagu rakyat Perlis yang masih kedapatan ialah Hadrah , Berendoi , Beduan , dan Canggung. Keempat-empat bentuk lagu rakyat ini adalah antara bentuk lagu rakyat yang popular pada suatu ketika dahulu. Tiap-tiap satunya mempunyai fungsi atau peranan yang tertentu dalam masyarakat. Lagu-lagu Rakyat Kedah Highlighter.aspx?DocId=2&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndexPerkhidmatan&HitCount=1&hits=354+

Kembali ke atas