Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.ra] | لارا

Definisi : 1. sl sakit (susah) hati, sakit percintaan, pilu sedih: ketika sedang melayang fikirannya yg ~ itu, tiba-tiba Mawi datang meluru; sudahlah susah menanggung ~, air mata gugur ke riba; pelipur ~ penghibur hati yg duka atau sedih (orang dan juga hikayat); 2. sakit; ~ wirang Jw sakit hati dan malu; berlara-lara bersedih-sedih, berdukacita: ia sedar bahawa dirinya tidaklah seorang di dlm bilik itu utk ~ berterusan sahaja; melara melarat atau merana (kerana sedih dll): kebanyakannya orang miskin dan ~ tetapi bukan sedikit orang yg kaya-raya dan bersenang-lenang; terlara-lara ark senantiasa bersedih-sedih, menangis dgn amat sangat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.ra] | لارا

Definisi : berasa sedih; susah hati; pilu: Apalah penawar hatiku yg ~ ini. pelipur ~ penghibur hati yg sedih. melara merana kerana sedih dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lara
Rujuk :sedih

Puisi
 

Terang bulan di Pulau Dinding,
     Jerjak bertentang si Pulau Kera;
Malangku tuan tiada banding,
     Tuan seorang penglipur lara.


Lihat selanjutnya...(2)

Perkhidmatan

VirtPathDisplayNameSynopsisWebURL
http://sbmb.dbp.gov.my/knb/cariankata/dbp_nb_carian_kata_sukuan.aspxSelamat Datang ke Khidmat Nasihat Dewan Bahasa dan PustakaCiri Kata Kunci Perkataan Mula dengan Akhir dengan Pengapitan Bahasa Bahasa Bajau Bakong Berawan Bidayuh Bidayuh Biatah Bidayuh Bukar Sadong Bisaya Daleh Iban Iranun Kadazandusun Kadazandusun Kedayan Kelabit Kenyah kiput Lara Matunggong Melanau Melanau Mukah Melayu Sarawak Murut Orang Ulu Penan Salako Sungai Tema Tema Adat Resam dan Idea Berasosiasi Alam Anggota Tubuh Badan dan Idea Berasosiasi Bentuk Muka Bumi dan Highlighter.aspx?DocId=7&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndexPerkhidmatan&HitCount=1&hits=6d+

Kembali ke atas