Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.sa] | ماس

Definisi : 1. waktu, ketika: ~ dan tempat per-undangan itu harus dipersetujui bersama oleh kedua-dua pihak; bila-bila ~; 2. jangka waktu yg agak lama (ketika sesuatu kejadian dll yg penting berlaku), zaman; ~ Jepun zaman pendudukan Jepun; 3. jangka waktu yg tertentu (ada permulaan serta batasnya); ~ capaian (Komp) masa yg diperlukan utk mendapatkan data yg diproses; ~ kerja waktu yg ditentukan utk sesuatu pekerjaan; separuh ~ pertama (kedua) waktu per­mainan bola sepak dll dr permulaan hingga pertengahan (dr pertengahan hingga akhir); ~ depan (hadapan, datang) zaman yg akan datang; ~ karbon zaman lapisan karbon terbentuk (dlm tanah); ~ kecil ketika masih kecil (zaman masih budak-budak); ~ kering musim kering; ~ lampau waktu yg telah lalu (lepas); ~ lapang (lega) waktu seng­gang; ~ peralihan masa berlaku perubahan atau pergantian (drpd suatu keadaan kpd keadaan lain); ~ Permian (Geo) zaman selepas zaman karbon; ~ rehat waktu utk berehat; dr se~ ke se~ dr satu waktu ke waktu lain; semasa 1. sama masa dgn, pd ketika yg sama: beliau juga hidup hampir ~ dgn sejarah yg ditulisnya; 2. sewaktu, pd ketika: ~ Datuk Ujang bergerak ke muka pintu, ia keluar perlahan-lahan; 3. dr masa (zaman) yg diper­katakan, dr masa yg sama: hal-hal yg menarik perhatian ~; semasa-masa sewaktu-waktu; pemasaan perihal atau proses menentukan (mengatur atau mengawal) masa bagi sesuatu operasi dsb: ~ yg tidak betul juga boleh me-nyebabkan salah satu kebuk pembakaran dimasuki pelincir; pemasa alat utk mengatur dan mengawal masa operasi sesuatu mesin, peranti dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.sa] | ماس

Definisi : = masakan mana boleh, tidak akan­lah, tidak mungkin: kalau tidak, ~ sampai bertahun-tahun ia dapat melakukan per-dagangan gelap; kalau cendawan sudi tum-buh, ~ bumi tidak terima; ~ bodoh a) tidak mempedulikan apa-apa; b)terserah; bersikap ~ bodoh tidak mempedu­likan atau mengendahkan (hal orang lain dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.sa] | ماس

Definisi : 1 hari atau bahagian hari yg tidak ditentukan bila (boleh jadi telah lalu, sekarang ataupun akan datang); ketika; waktu: ~ dan tempat mesyuarat itu diadakan, tidak disebut. 2 jangka waktu tertentu yg ada awal dan ada akhirnya: ~ kerja; ~ sekolah. 3 waktu yg agak lama tempohnya dan ada sesuatu peristiwa penting berlaku; zaman: Pd ~ Jepun dahulu, saya masih kecil. ~ capaian ist masa yg diperlukan utk mendapatkan data yg diproses. ~ nyata a. masa sebenar berlakunya sesuatu perkara atau peristiwa. b. bkn sistem pemprosesan komputer dlm talian yg menerima dan memproses data secepat mungkin utk menghasilkan aktiviti atau proses berterusan. ~ rosak ist selang atau tempoh masa apabila sesuatu peranti tidak dpt beroperasi disebabkan berlaku kerosakan pd peranti tsb. pemasa alat utk mengukur dan mengawal masa operasi atau masa berjalannya sesuatu mesin, peralatan dsb. semasa 1 pd ketika; pd waktu: Dia datang tadi ~ saya tidak ada di rumah. 2 sedang berlaku atau bkn masa kini (sekarang): hal ehwal ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ma.sa] | ماس

Definisi : = masakan mana boleh; tidak mungkin; mustahil: Dia orang bijak, ~ dia tidak mengerti. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
masa (kata nama)
1. Bersinonim dengan waktu: ketika, detik, saat, jam, tenggak, sangkala, sekon,

2. Bersinonim dengan jangka waktu: jangka masa, tempoh, zaman, era,

Kata Terbitan : semasa,

Puisi
 

Kain ini kain basah,
     Bila masa berkain lagi;
Main ini main penyudah,
     Bila masa bermain lagi.


Lihat selanjutnya...(40)
Peribahasa

Masa lagi rebunglah hendak dilentur,
     jangan dinantikan sampai menjadi aur.

Bermaksud :

Masa kecillah diajar dan dididik, jangan ditunggu sampai sudah besar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sedang rebung baik dipatah, jadi buluh melepuh jari). (Lihat juga: Melentur biarlah waktu rebung).

 

Lihat selanjutnya...(15)

418

A good name is sooner lost than won

Nama yang baik memerlukan masa dan usaha untuk dibina tetapi seseorang itu boleh kehilangannya dengan sekelip mata akibat satu kesalahan yang dilakukan meskipun kecil.

Panas setahun dihapuskan oleh hujan sehari. (Nota : Padanan seperti kurang tepat, PM –ve to +ve)

You are a man of honour and have done a lot of good things for his association. But don't get involved in those dubious activities because one minor slip could crumble your good reputation. Remember, a good name is sooner lost than won.

Kamu orang yang terhormat dan telah banyak berjasa kepada persatuan ini. Tetapi janganlah membabitkan diri dalam kegiatan yang mencurigakan kerana satu kesilapan kecil boleh menghancurkan reputasi baik kamu. Ingat, panas setahun dihapuskan oleh hujan sehari

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(30)

Perkhidmatan

VirtPathDisplayNameSynopsisWebURL
http://dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=vertsections&SubVertSectionID=893&VertSectionID=25&CurLocation=208&IID=&Page=1 bimbingan berkarya-menulis skrip drama dengan bantuan gerak, kostum dan latar hiasan seperti kehidupan yang sebenar. Bagi Aristotle, plot merupakan penggerak utama sesebuah drama dan drama harus dibina daripada tiga kesatuan, iaitu aksi, tempat dan masa. Elemen-elemen inilah yang menyebabkan drama ialah sebahagian daripada cabang sastera. Selain elemen sastera, drama juga merangkumi elemen-elemen seni yang lain seperti lakon, seni muzik, seni bina, seni busana elemen penting dalam sesebuah skrip drama. Sebuah skrip yang tidak didasari oleh konflik tidak dianggap sebuah drama yang baik. Gaya bahasa dalam sesebuah drama juga penting kerana ia menunjukkan latar masa dan masyarakat yang diwakilinya, sekali gus drama ini mencerminkan sosiobudaya masyarakat yang digambarkan oleh pengarang. STRUKTUR DRAMA Pada dasarnya sesebuah drama mempunyai struktur tiga bahagian babakan (three act structure). Sejak Highlighter.aspx?DocId=20&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndexPerkhidmatan&HitCount=12&hits=2c4+4bb+5be+8fe+920+94f+956+96d+a4e+a56+b89+b90+
http://dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=vertsections&SubVertSectionID=1112&VertSectionID=25&CurLocation=25&IID=&Page=1 Kamus Eleksis - Dewan Bahasa dan Pustaka radio FM dapat disetkan, suatu fungsi kreatif yang disertakan supaya pengguna dapat memperoleh hiburan di samping pelbagai berita and maklumat semasa. Fungsi Istimewa Lain Pelbagai fungsi istimewa seperti Kalkulator, pengatur masa atau organizer, permainan, penggera, penanda masa, kalendar, and beberapa fungsi lagi turut disediakan. KAMUS Kamus Dwibahasa (Bahasa Inggeris – Bahasa Melayu) Dewan Kamus Dewan (Bahasa Melayu - Bahasa Melayu) Edisi Keempat Kamus Masyarakat (Bahasa Melayu – Bahasa Inggeris – Bahasa Highlighter.aspx?DocId=3&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndexPerkhidmatan&HitCount=4&hits=381+387+3ef+41c+
http://sbmb.dbp.gov.my/knb/iklan/nb_pengesahan_iklan.aspxSelamat Datang ke Khidmat Nasihat Dewan Bahasa dan Pustakaperlu diisi sekali sahaja. Iklan yang ingin disahkan boleh disertakan sama ada melalui semak seimbas dalam sistem ini atau melalui faksimile. Seterusnya, petugas DBP akan menyemak dan mengesahkan iklan dalam masa 1 hari. Iklan yang telah disahkan akan diberikan nombor pengesahan dan boleh dijadikan bukti kepada PBT sebelum lesen diberikan untuk memaparkan iklan di tempat awam. Sistem ini turut boleh dicapai Highlighter.aspx?DocId=13&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndexPerkhidmatan&HitCount=1&hits=c3+
http://dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=vertsections&SubVertSectionID=655&VertSectionID=25&CurLocation=25&IID=&Page=1 Pusat Dokumentasi Melayu - Dewan Bahasa & Pustaka berorientasikan teknologi maklumat terkini sejajar dengan pembentukan masyarakat Malaysia yang berilmu dan berwawasan. PDM sentiasa gigih meningkatkan mutu perkhidmatannya dari semasa ke semasa. PDM berharap mampu menembusi era globalisasi maklumat masa kini. Justeru, usaha menyalurkan nilai ekonomi maklumat yang tersimpan di PDM dalam pelbagai bentuk terus dilaksanakan demi mempertingkat daya saing dalam sektor maklumat negara. Falsafah Membina negara bangsa Malaysia melalui Menjadi pusat rujukan kepustakaan Melayu yang cemerlang yang mudah diakses melalui teknologi maklumat terkini. Menyumbang kepada pembentukan masyarakat Malaysia yang berilmu dan kaya dengan maklumat kepustakaan Melayu . WAKTU PERKHIDMATAN HARI MASA Isnin - Khamis 8.30 pagi - 4.30 ptg Jumaat 8.30 pg - 12.00 tgh 2.45 ptg - 4.30 ptg Tarikh Kemaskini: 14 Januari 2008/5 Muharam 1429H SEMUA Highlighter.aspx?DocId=25&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndexPerkhidmatan&HitCount=2&hits=2f7+35b+
http://sbmb.dbp.gov.my/knb/nb_halaman_utama.aspxSelamat Datang ke Khidmat Nasihat Dewan Bahasa dan Pustakaaktiviti DBP. • Sumbangan masyarakat kepada DBP Pantau tegur Bahasa Aduan dan Cadangan kata baharu dan istilah baharu Cadangan entri untuk ensiklopedia Jawapan akan diperoleh pada hari yang sama atau mengambil masa sehari dua atau lebih bergantung pada jenis atau jumlah pertanyaan yang dikemukakan dan keterdapatan maklumat jawapan dalam sistem rujukan DBP. Kembali Ke Laman DBP © Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia, 2007 Highlighter.aspx?DocId=26&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndexPerkhidmatan&HitCount=1&hits=d5+
http://dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=vertsections&SubVertSectionID=657&VertSectionID=25&CurLocation=655&IID= Pusat Dokumentasi Melayu - Perkhidmatan Pinjaman Reprografi Rujukan Manuskrip dan Buku Nadir Rujukan Dalam Talian Rujukan CD-ROM Rakan Dewan Kelab Buku Gerbang Informasi Bahasa dan Kesusasteraan Melayu PINJAMAN Kemudahan pinjaman diberikan kepada; KATEGORI JANGKA MASA Staf DBP 4 buah buku 1 judul Pinjaman untuk projek jabatan/bahagian 2 minggu 3 hari 3 bulan Pesara DBP 4 buah buku 2 minggu Ahli Rakan Dewan 2 buah Highlighter.aspx?DocId=23&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndexPerkhidmatan&HitCount=1&hits=23a+

Kembali ke atas