Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.be.li] | ممبلي

Definisi : ; berjual ~ menjual dan membeli; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.be.li] | ممبلي

Definisi : 1. memperoleh barang dgn membayar (harganya): anak itu disuruhnya ~ kopi di kedai; 2. mencapai (memperoleh) sesuatu dgn usaha yg keras (dgn pengorbanan): ijazah itu saya beli dgn usaha siang dan malam; ~-belah membeli berbagai-bagai jenis barang; alah (kalah) ~ menang memakai prb barang yg baik memang mahal harganya tetapi lama dapat dipakai; gajah lalu dibeli, kosa tidak terbeli prb pekerjaan besar dapat dibuat, tetapi pekerjaan kecil utk menjayakan pekerjaan besar itu tidak terbuat; mahal dibeli, sukar dicari prb benda yg tidak mudah didapat (jarang ada); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.be.li] | ممبلي

Definisi : mengambil barang dgn membayar harganya: Ia ke kedai hendak ~ buku. ~-belah membeli beberapa banyak jenis barang keperluan sehari-hari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membeli

Puisi
 

Membeli tali pasar Senyawan,
     Singgah di surau tangga berlian;
Merosak hati menggugur iman,
     Seperti pungguk rindukan bulan.


Lihat selanjutnya...(72)
Peribahasa

Sayang rugi membeli tali timba,
     air setitik tak dapat.

Bermaksud :

Kerana takut rugi pekerjaan tidak jadi atau keuntungan tidak dapat.

 

Lihat selanjutnya...(10)

67

Don't buy a pig in a poke

Jangan membeli sesuatu tanpa melihatnya atau memeriksanya terlebih dahulu.

Membeli kucing dalam karung

"Remember the saying, don't buy a pig in a poke. You should have at least looked at the thing first before buying. I don't want you to be cheated," advised Mamat to his brother before he went off to buy a bundle of old shirts to be sold later at the nig

"Ingatlah peribahasa, membeli kucing dalam karung. Kamu sekurang-kurangnya kena melihat barang itu dahulu sebelum membeli.Abang tak mahu awak ditipu,"nasihat Mamat kepada adiknya sebelum dia pergi membeli sekarung baju terpakai untuk dijual di pasar malam.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(25)

Perkhidmatan

VirtPathDisplayNameSynopsisWebURL
http://dbp.gov.my/lamandbp/download.php?FilePoolID=107KANDUNGANtersebut ditujukan secara umum kepada yang hadir dalam majlis tersebut. 2. Adakah tanda koma perlu wujud di hadapan perkataan dan bagi menjelaskan perkara yang lebih daripada dua? Contohnya: Ali telah membeli sebuah buku, sebatang pembaris, dan segulung kad manila. Jawapan Untuk ayat di atas, tanda koma tidak diperlukan sebelum kata dan kerana ayat tersebut merupakan ayat majmuk biasa (setara). Walau bagaimanapun dari segi maknanya dan ini hanyalah melibatkan gaya penulisan. Sekiranya ayat majmuk ini terdiri daripada dua ayat inti setara, tanda koma sebelum dan tidak diperlukan sama sekali. Contohnya: (a) Dia membeli buku Tatabahasa Dewan dan Kamus Pelajar. (b) Dia suka makan buah rambutan dan langsat. Walau bagaimanapun, tanda koma boleh diletakkan sebelum dan jika pemisah bahagian ayat itu perlu dibuat untuk http://dbp.gov.my/lamandbp/download.php?FilePoolID=107#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=22&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndexPerkhidmatan&HitCount=2&hits=247+28e+
http://dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=vertsections&SubVertSectionID=215&VertSectionID=25&CurLocation=25&IID=&Page=1 Rakan Dewan - Dewan Bahasa dan Pustaka DBP yang bertujuan untuk menggalakkan peningkatan keintelektualan individu di samping menyemai minat membaca di kalangan masyarakat. Sebagai RAKAN DEWAN , ANDA akan berpeluang menikmati pelbagai kemudahan. Di antara kemudahan tersebut ialah membeli buku dengan diskaun istimewa sehingga 25 peratus dan menggunakan perkhidmatan di Pusat Dokumentasi Melayu DBP. Siapa yang menjadi ahli? Bagaimana menjadi ahli? Dimanakah untuk mendapat borang keahlian? Berapakah yuran keahlian Highlighter.aspx?DocId=21&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndexPerkhidmatan&HitCount=1&hits=239+
http://dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=vertsections&SubVertSectionID=588&VertSectionID=25&CurLocation=25&IID=&Page=1 Daftar Kata Bahasa Melayu:Rumi-Sebutan-Jawi - Dewan Bahasa dan Pustaka buku rujukan pantas yang dapat membantu penggunaan bahasa Melayu untuk mengetahui ejaan Rumi dan ejaan Jawi yang betul untuk membunyikan kata yang disenaraikan." Pesanan Dalam Talian Pesanan Dalam Talian Ingin membeli? Sila hubungi atau datang terus ke Kedai Buku DBP Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur Tel: 03-21485869 / 03-21433504 Lain-lain buku berkaitan terbitan Highlighter.aspx?DocId=5&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndexPerkhidmatan&HitCount=1&hits=297+

Kembali ke atas