Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pin.tar] | ڤينتر

Definisi : 1. cekap, pandai: datuk itu ~ orangnya; 2. banyak akal, cerdik, licin: orang yg kita hadapi itu lebih ~ dan lebih cergas drpd kita; 3. mahir dlm membuat sesuatu pekerjaan: tukang-tukang gambar dan pelukis-pelukis yg ~; mereka sudah ~ membuat baju sendiri; memintarkan menjadikan pintar; terpintar tercekap, terpandai; kepintaran 1. kepandaian; 2. kecerdikan; 3. kemahiran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pin.tar] | ڤينتر

Definisi : 1 banyak akal lagi cerdik; pandai; bijak: Dia memang murid yg ~. 2 mahir melakukan sesuatu pekerjaan: Dia belum berapa ~ membaca. kepintaran 1 keadaan atau sifat pintar; kecerdikan; kecerdasan. 2 hal atau sifat mahir; kemahiran: ~nya menenun kain telah menarik perhatian pelancong itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pintar
Rujuk :pandai

Peribahasa

Sudah tua daripada kakak,
     sudah cerdik daripada mamak.

Bermaksud :

Sudah merasa dirinya telah pintar. mamak = abang atau adik lelaki ibu.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Perkhidmatan

VirtPathDisplayNameSynopsisWebURL
http://dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=vertsections&SubVertSectionID=1112&VertSectionID=25&CurLocation=25&IID=&Page=1 Kamus Eleksis - Dewan Bahasa dan Pustaka kecekapan program keupayaan menggelintar yang disertakan. Penyemakan Ejaan dan Pencarian kata yang Terhampir Sesuatu perkataan yang dikehendaki dapat dicari dan ditemukan selain dapat disemak ejaannya dengan mudah melalui program input pintar yang dimuatkan. Meskipun pengguna tidak mengetahui ejaan yang tepat bagi sesuatu perkataan, eleksis dapat membantu mencari perkataan sebenarnya yang dimaksudkan melalui program input pintar tersebut. Rujukan Kata Topik (Topic Words) Himpunan kata topik yang unik dengan penerangan dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris, dan bahasa Cina turut disediakan sebagai rujukan mudah untuk membantu dalam penulisan Highlighter.aspx?DocId=3&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndexPerkhidmatan&HitCount=2&hits=2f0+308+

Kembali ke atas