Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tam.pa/] | تمڤق

Definisi : 1. tidak terlindung, dapat dilihat, kelihatan: di sana sini ~ pula pohon kelapa; 2. memperlihatkan (menunjukkan) diri, muncul, timbul (bulan, matahari): lama benar ia tidak ~; pd bulan ~ Id pd satu hari bulan; 3. nyata kelihatan, ketara: ~ kasih sayang­nya; ~ duri tak akan mengait = ~ ranggas tak akan meleting prb mengetahui seseorang itu tidak dapat berbuat apa-apa kerana bodoh atau penakut; tampaknya kelihatannya, pd zahirnya, rupa­nya: meletusnya perang dgn Jepun ~ tidak dapat dielakkan lagi; tampak-tampak 1. = ~ apung tidak dapat dilihat (dgn nyata), sebentar kelihatan seben­tar tidak; tidak ~ tidak kelihatan-kelihatan (muncul-muncul); 2. sebentar-sebentar ter­bayang (dlm ingatan, fikiran, dll); menampak (dapat) melihat, nampak: kalau ia berjalan-jalan dlm kota dan ~ rumah yg besar-besar dan indah-indah, kerap kali ia tegak tercengang; menampakkan menjadikan dapat dilihat, melihatkan, memperlihatkan: kemudian pe­rasaannya agak lega sedikit kerana orang itu tidak ~ tanda terperanjat;tertampak terlihat, kelihatan, ternampak; ketampakan keadaan sejauh mana atau sejelas mana sesuatu objek dapat dilihat dlm keadaan cahaya atau cuaca tertentu: istilah ini ditakrifkan sbg kekaburan yg ~nya kurang drpd satu kilometer. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tam.pa/] | تمڤق

Definisi : sakit ~ sakit campak; tampek. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tam.pa/] | تمڤق

Definisi : 1 tidak terlindung; kelihatan: Di sana sini ~ pohon kelapa. 2 me­nunjukkan diri di khalayak ramai; muncul: Sudah seminggu dia tidak ~. ketampakan ist keadaan setakat mana atau sejelas mana sesuatu dpt dilihat dlm keadaan tertentu: ~ yg kurang drpd satu kilometer. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tampak (kata kerja)
1. Bersinonim dengan nampak: dapat dilihat, kelihatan, ketara, ternyata,
Berantonim dengan ghaib

2. Bersinonim dengan muncul: timbul, terbit, menampakkan diri, memperlihatkan diri, menonjolkan diri,
Berantonim dengan tenggelam

Kata Terbitan : tampaknya, menampakkan, tertampak,

Puisi
 

Pulau Pemanggil teluk empat,
     Tampak dari Johor Lama;
Adik tinggal menunggu tempat,
     Abang pergi takkan lama.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Datang tampak muka,
     pulang tampak punggung.

Bermaksud :

Datang dengan baik, pergi pun harus dengan baik pula; orang yang datang atau pergi hendaklah memberitahu. (Peribahasa lain yang sama makna: Datang nampak muka, pergi nampak belakang). (Bandingkan dengan: Hinggap mencengkam [dahan], terbang menumpu [dahan]).

 

Lihat selanjutnya...(20)


Perkhidmatan

VirtPathDisplayNameSynopsisWebURL
http://dbp.gov.my/lamandbp/download.php?FilePoolID=107KANDUNGANkekeliruan ejaan dan makna sesuatu perkataan adalah seperti yang berikut: mencolok mata dan menjolok mata Menurut Kamus Dewan (1994: 245), kata mencolok mata bermakna 1. mencucuk mata; 2. (bahasa kiasan) tampak jelas, kelihatan jelas benar, 3. membangkitkan marah orang yang melihat, menyakitkan hati, memberi malu. Kata menjolok pula bermakna 1. menusuk (merodok) sesuatu dengan galah dll. supaya gugur, menusuk ke dalam kerongkong dll.); 3. memancing- mancing keterangan dll.; daripada orang, mengajuk atau menduga hati. Jadi, antara mencolok mata dengan menjolok mata, yang tepat ialah mencolok mata, iaitu bahasa kiasan yang bermakna tampak jelas atau kelihatan jelas benar. Contoh penggunaannya: • Kakitangan kerajaan dilarang memakai pakaian yang mencolok mata semasa bekerja di pejabat. merbahaya atau berbahaya Kata tersebut berasal daripada kata dasarbahaya dan menerima http://dbp.gov.my/lamandbp/download.php?FilePoolID=107#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=22&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndexPerkhidmatan&HitCount=2&hits=511+558+

Kembali ke atas