Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beruntung;

Puisi
 

Ikan julung dalam telaga,
     Makan kail umpan terlekat;
Tiada beruntung badan celaka,
     Buat baik menjadi jahat.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Bulan turun ke ribaannya.

Bermaksud :

Beruntung besar. (Peribahasa lain yang sama makna: Bulan jatuh di ribaannya).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Pantun

PantunSumberTema
Beruntung merapat kaban, Akan perapat bunga anggerik; Kalau untung suratan badan, Dapat bertukar bangsa yang baik.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Sungguh beruntung memakai capal, Capalnya dapat pelindung kaki; Sungguh beruntung bermisai tebal, Tebalnya dapat menyaring kopi.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Sungguh beruntung menjahit tilam, Siap tilam tidurkan nyenyak; Sungguh beruntung berkulit hitam, Merayap malam tidakkan nampak.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Sungguh beruntung membeli kukus, Makanan dikukus rasanya lazat; Sungguh beruntung berlaki kurus, Badannya kurus mudah diangkat.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Sungguh beruntung berambut panjang, Rambut dapat dilurut-lurut; Sungguh beruntung berjanggut panjang, Janggut dapat diurut-urut.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Sungguh beruntung bergigi rata, Makan mempelam tidak diluluh; Sungguh beruntung berlaki buta, Berjalan malam tidak bersuluh.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Sungguh beruntung memakai jimat, Memakai jimat perampok kan lari; Sungguh beruntung bermisai lebat, Misai lebat memabukkan bini.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Sungguh beruntung membeli petai, Baunya wangi di mulut orang; Sungguh beruntung menjadi lebai, Ke mana pergi perutnya kenyang.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Terpotong pandan ditimpa enau, Patah tangan ditimpa terap; Beruntung badan ditimpa panau, Bertuah badan ditimpa kurap.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Suluh puntung gesek bergesek, Nyala belum sampai sejengkal; Sungguh beruntung orang pesek, Kalau mencium sampai ke pangkal.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
1234

Kembali ke atas