Kalau puting sudah bertangkai, Jangan diberi bertali lagi; Kalau runding sudah disimpai, Jangan diberi baji lagi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kalau puting sama bertangkai, Tidakkan bercerai bergolek-golek; Kalau berunding sesama pandai, Gelak berderai timbal balik. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Parang puting tidak berhulu, Kerananya tidak berguna lagi; Orang merunsing tidak bermalu, Kerananya banyak saudara benci. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Parang puting jatuh ke lubuk, Sudah ke lubuk ke lubang pula; Awak miskin terlalu buruk, Sudah buruk berhutang pula. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Angin puyuh puting beliung, Lautan luas dilanda taufan; Ingin menjauh hatiku bingung, Badan lemas lupalah makan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Baik-baik jaga pedoman, Kapal belayar puting anak; Sudah kembang bunga di taman, Suka hati kumbang yang banyak. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tanda parang ada hulunya, Hulu hilang tinggallah puting; Tanda orang ada malunya, Malu hilang akal berpaling. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Parang putus membelah batu, Campak parangnya tinggal puting; Orang kurus membuka baju, Nampak tulangnya dikejar anjing. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Rosak pahat tangkainya patah, Tangkai patah tinggallah puting; Rosak adat perangai menyalah, Pegangan rosak maksiat bercabut. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Orang beradat rajin bekerja, Membanting tulang mencari rezeki; Membuang adat bersalin lembaga, Puting beliung menimpa negeri. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |