| Nan tak di landai nan den landai, Nan tak dilandung pandan muda; Nan tak orang rasai nan den rasai, Nan tak rang tanggung den galas pula. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
| Nasi tak dingin pinggan tak retak, Anak tekukur terbang ke mana; Orang tak ingin hamba tak hendak, Orang tak tegur hamba tak tanya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Tak tumbuh tak melata, Padi pulut buat niaga; Tak sungguh orang tak kata, Budi pekerti harus dijaga. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
| Kami tak tahu padi tak jadi, Beli juga beras perahu; Kami tak tahu orang tak sudi, Balas juga dengan tak tahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Anak udang, udang juga, Tak boleh dibuat anak tenggiri; Anak orang, orang juga, Tak boleh dibuat anak sendiri. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
| Apalah guna rumpun buluh, Baik ditebang buatkan titi; Apalah guna duduk mengeluh, Orang tak ada tak usah dinanti. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
| Tahu juga padi tak jadi, Beli juga beras perahu; Tahu juga orang tak sudi, Balas juga jangan tak tahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Orang menuba kami menuba, Ikan lumba melompat perahu; Disuruh cuba kami mencuba, Orang tak hendak kami tak tahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Duduk tak duduk gali lubang, Asal gali lubang juga; Duduk tak duduk kenangkan orang, Orang tidak kenangkan kita. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Burung tekukur terbang ke Tana, Anak buaya di Tanjung Jati; Orang tak tegur hamba tak tanya, Begitulah susah di dalam hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |