| Rumah kecil alang besar, Rumah datuk permaisuri; Kalau tidak berhajat besar, Tidak saya sampai ke mari. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat | 
				| Rumah besar alang besar, Rumah datuk permaisuri; Kalau tidak hajat besar, Bilakah tuan datang ke mari. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat | 
				| Rumah besar berpadi tidak, Kalau berakit berakit buluh; Adik besar berlaki tidak, Taruh penyakit di dalam tubuh. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat | 
				| Rumah besar berdinding tidak, Mari didinding dengan pelupuh; Badan besar berbini tidak, Apa jadah di dalam tubuh. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat | 
				| Jika dayung tidak kuat, Dibawa belayar tidak berguna; Jika kampung tidak beradat, Celakanya besar balak menimpa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat | 
				| Rumah besar sasak tidak, Apa sasak daun buluh; Tuan bujang berbini tidak, Apa cacat dalam tubuh. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat | 
				| Apa guna seguni dedak, Hendak kuhanyut di rakit buluh; Tubuh besar berbininya tidak, Taruh penyakit di dalam tubuh. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat | 
				| Bagaimana batang kan besar, Dahannya layu tidak berdaun; Bagaimana abang kan sabar, Sebulan menunggu rasa setahun. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan | 
				| Apa guna melompat pagar, Bila kaki awak tersangkut; Apa guna bercakap besar; Bila janji tidak diikut. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta | 
				| Kapal besar dua pemeluk, Ditebang berdiri duduk; Kalau tidak panjang penjolok, Manakan dapat bunga yang elok. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |