Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata -lagi

Puisi
 

Jalan lurus bersambung tidak,
     Sambungnya terus ke Delima Batu;
Abang jauh bertemu tidak,
     Adik jauh yang mana satu.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Seperti daun kering ditiup angin di tengah padang.

Bermaksud :

Hidup melarat, terkatung-katung kian ke mari.

 

Lihat selanjutnya...(1000)

646

Words have wings, and cannot be recalled

Fikir dahulu sebelum bercakap kerana kata yang terlepas dari mulut tidak boleh ditarik balik.

Terlangsung perahu boleh balik, terlangsung cakap tak boleh balik.

I regretted launching such a hurtful remark, but words have wings, and cannot be recalled . I faced the consequences when I was suspended from work.

Saya menyesal kerana menghamburkan kata-kata yang menyakitkan hati, tetapi terlangsung perahu boleh balik, terlangsung cakap tak boleh balik. Saya menghadapi padahnya apabila saya digantung kerja.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(540)

Pantun

PantunSumberTema
Jangan diharap padi di paya, Dimakan beruk dengan siamang; Jangan diharap kepadanya saya, Rupa buruk bangsanya kurang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Jangan diharap mengukus pulut, Pulut dikukus bergantang-gantang; Jangan diharap kasih di mulut, Kasih pandai hilang datang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Jangan bicara di laman tangga, Cucur atap ke rumput juga; Jangan bicara di hadapan mata, Dalam dakap kurebut juga.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Jangan adik membakar arang, Abanglah hendak membakar kayu; Janganlah adik kata sebarang, Abang juga berasa malu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Jangan berdua berjalan malam, Menyidai kain di bawah rumah; Mabuk arak dari semalam, Mabuk bermain bila nak sudah.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Jambangan tumbuh di besen, Akan dihantar Si Raden Galuh; Sapu tangan saya membikin, Pohon akan pemalit peluh.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Jalan lurus bersambung tidak, Sambungnya terus ke Delima Batu; Abang jauh bertemu tidak, Adik jauh yang mana satu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Jadikan dengan air manggis, Buah delima di dalam puan; Mintalah nisan di jari manis, Mintalah mati bersama tuan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Iya sungguh dimakan api, Bunga kemboja Padang Seberang; Iya sungguh ditinggal laki, Apa peduli pada abang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Itu budak dua kelasi, Boleh tidak belayar kapal; Itu kain dua serasi, Boleh tidak bertukar pakai.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12345678910...

Kembali ke atas