Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Balai

Puisi
 

Sinangan balai batang kapas,
     Ramai orang pasar tua;
Anak menuang laut lepas,
     Tergadai si emak tua.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Sebagai petai sisa pengait.

Bermaksud :

Tak berguna sedikit juga. (Bandingkan dengan: Kulai-balai bagai petai sisa pengait [= dikait]).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

PantunSumberTema
Balai Cik Wan kecil, Bentuk panjang lima; Bertunang dari kecil, Menikah bulan lima.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Sinangan balai batang kapas, Ramai orang pasar tua; Anak menuang laut lepas, Tergadai si emak tua.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Sungai Balai jalan berhenti, Anak Cina melipat kain; Adinda lalai boleh kunanti, Janganlah saja ke tempat lain.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Gayung gendang pecah balai, Kusembah mari raja Cendana; Kamu dendam datang ke mari, Kami tak boleh datang ke sana.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Minum makan orang di balai, Kenduri besar berhelat jamu; Belum kupesan sudah sampai, Hati berdebar bercampur malu.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Pinang muda gantung di balai, Taruh makan bulan puasa; Orang muda jangan dilalai, Kalau lalai rosak binasa.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Kayu ara di hujung balai, Dituruni bulan puasa; Adinda tuan janganlah lalai, Sudah tua badan binasa.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Tanam serbat di pintu balai, Mari ditunggu bilang malam; Apa makrifat tuan pakai, Mimpikan tuan bilang malam.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Budak Mesir berdagang intan, Turun balai menuju ke paya; Hendak fikir memakan umpan, Bibir berkait badan tak rela.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Burung putih terbang malam, Hinggap balai raja; Kain putih atas tilam, Buat pengesat air mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas