Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1 arah atau bahagian yg lebih rendah; lw atas: bibir ~. 2 kurang drpd: Kanak-kanak berumur ~ lima tahun tidak dikenakan tiket. ~ angin sebutan utk negeri-negeri di Gugusan Pulau-Pulau Melayu. ~ rumah ruang di antara lantai rumah dgn tanah. ~ sedar endapan perasaan hati yg tidak disedari kewujudannya. ~ tanah a. dlm tanah. b. gelap atau rahsia (ttg gerakan dsb). bawahan 1 yg rendah pangkatnya; (orang, pegawai) rendahan. 2 orang yg di bawah perintah orang lain. pembawah angka pd sesuatu angka pecahan yg di sebelah bawah: Dlm angka pecahan , angka empat disebut ~. di bawah 1 di tempat yg lebih rendah: Mari kita pergi bermain-main ~ pohon jambu itu. 2 kurang drpd: Markahnya ~ markah saya. 3 dlm kuasa atau dlm pimpinan seseorang: zaman kegemilangan Melaka ~ pemerintahan Sultan Alaudin yg adil lagi bijaksana. ke bawah ke tempat yg lebih rendah: dr atas ~. mengebawahkan meletakkan atau membawa ke bawah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Bawah

Puisi
 

Mengail bawah keramat,
     Dapat seekor ikan kerayu;
Abang belayar biar selamat,
     Tinggallah bunga atas kelambu.


Lihat selanjutnya...(71)
Peribahasa

Pelepah bawah luruh,
     pelepah atas jangan gelak.

Bermaksud :

Hendaklah insaf bahawa sekalian yang hidup itu akan mati juga.

 

Lihat selanjutnya...(50)


Pantun

PantunSumberTema
Banyaknya di bawah bunga bertabur, Harum berbau merata-rata; Rasa jiwa umpama lebur, Kerana rindu asyik bercinta.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak endu termami bulan, Bawah bulan pagar jerami; Tuan rindu pandang bulan, Bawah bulan ada kami.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak yu senangin bulan, Bawah bulan pagar jerami; Kalau rindu pandang bulan, Dalam bulan ada kami.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Burung enggang burung kelengking, Tarik lepas bawah jerami; Kalau berderai air di tebing, Barulah lepas malunya kami.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Berebab orang atas lepau, Turun ke bawah berbiola; Kan bercampur sutera dengan akau, Berhiba hati benang biola.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak buaya hilir mudik, Karam pipit bawah jerami; Dari paya Bukit Kelik, Baru lepas malu kami.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak ayam terkesek-kesek, Kesek pula bawah tangga; Anak orang jangan diusik, Takut kena duit belanja.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buah bahulu dari Semarang, Sayang gereja di bawah bukit; Lain dahulu lain sekarang, Jauh beza bukan sedikit.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak sepat guling padi, Guling padi di bawah jambatan; Anak siapa lalu tadi, Buang limbai bergamatan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak negeri anak pangeran, Hendak bermain di bawah rumah; Hati rindu apa dihairan, Makan di tangan kerana disuruh.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas