Sarat sampan berisi sagu, Sagu rumbia sedap rasanya; Sesat iman hati cemburu, Cemburu buta gelap matanya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Orng hutan berburu, pergi berburu, Dapat sedikit kepayang, buah kepayang, Kalau di hati cemburu, rasa cemburu, Salah sedikit melayang, tapak melayang. | Pantun Melayu Sarawak | Bergendang |
Adat Melayu memantangkan manja, Terlalu manja hidup kan rosak; Sifat cemburu mendatangkan bala, Cemburu buta hidup kan kemah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Dari hulu pergi ke ladang, Bertemu landak makan cermai; Laki cemburu bini peradang, Kelambu kotak tilam berkecai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Apa sebab orang berburu, Kerana itik dimakan musang; Apa sebab abang cemburu, Kerana adik berkain jarang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Bagaimana orang takkan ke hulu, Arah kuala anginnya besar; Bagaimana abang takkan cemburu, Adinda sengaja bermain kasar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Mengapa menakik terburu-buru, Sebab batang tak mahu rebah; Mengapa adik jadi cemburu, Kerana abang tak mahu berubah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Ikan terubuk mudik ke hulu, Dijaring orang banyaklah mati; Badanlah bongkok bini cemburu, Hendak melawan daya tak ada. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Ikan terubuk mudik ke hulu, Dijaring orang banyaklah mati; Badanlah bongkok bini cemburu, Merantinglah badan makan hati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Sejak perahu mudik ke hulu, Tiada lagi orang menjala; Sejak kutahu adik cemburu, Tiada lagi abang menggoda. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |