Kapal Inggeris kapten Jerman, Teluk meneluk di Negeri Jawa; Putih kuning merubah iman, Hitam manis merubah nyawa. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Berapa dalam lubuk Inggeris, Saya berani menebar jala; Berapa tajam mata keris, Saya berani membuang jiwa. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
Berapa dalam lubuk Inggeris, Saya berani menebar jala; Berapa tajam pisau dan keris, Saya berani menegak dada. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
Berapa dalam Laut Inggeris, Saya berani menebar jala; Berapa dalam tikaman keris, Saya berani menahan dada. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
Berapa dalam laut Inggeris, Dalam lagi laut Belanda; Berapa tajam hujung keris, Tidak takut menahan dada. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
Sangat dalam laut Inggeris, Biar aku menebar jala; Berapa tajam hujung keris, Kerana cinta kutahan dada. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Berapa dalam lubuk Inggeris, Lebih dalam lubuk India; Berapa tajam sidak keris, Terlebih tajam tergesel mata. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Pedang sakti dari Yunan, Orang Inggeris suka berperang; Pandang ke kiri pandang ke kanan, Menangis teringat masa terbuang. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Laju ajung terkikis-kikis, Si ambang-ambang si bunga kayu; Nombor satu mister Inggeris, Nombor dua cikgu Melayu. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Pohon tumbang dilanggar gajah, Ambil daun dibuat pais; Bertahun-tahun Sarawak dijajah, Dijajah Jepun dijajah Inggeris. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |