| Kami melawat Kalimantan Barat, 17 Ogos Indonesia merdeka; Sedang jauh terasa dekat, Kini baru bersua muka. | Pantun Melayu Sarawak | Serumpun Senada |
| Arang batu lembah Kalimantan, Lombong diurus anak Peringgi; Orang sudah samai ke bulan, Tuan mencedok air perigi. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
| Hutan terbakar di Kalimantan Barat, Kabus tebal tidak terperi; 19 September tarikh tersurat, Isytihar darurat seluruh negeri. | Pantun Melayu Sarawak | Umum |
| Tembak-menembak di Kalimantan, Mati terkena peluru buta; Ombak Tsunami kias-kiasan, Maut menyambar sekelip mata. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |
| Jika ke Jambi sampaikan pesan, Dari Kalimantan hendak ke Jakarta; Jika dengki tiada batasan, Syaitan bertahta di kelopak mata. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
| Bunga Rafflesia kembang berbau, Banyak terdapat di Kalimantan; Negara Indonesia dilanda jerebu; Malaysia datang menghulur bantuan. | Pantun Melayu Sarawak | Serumpun Senada |