Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kampung (kata nama)
Bersinonim dengan desa, kediaman, rantau, kawasan, daerah, wilayah, negeri, sektor, seksyen, zon;,
Kata Terbitan : berkampung, mengampungkan, kekampungan, perkampungan,

Puisi
 

Buat ketupat sebakul baru,
     Pergi jala di kampung Siam;
Abang dapat sahabatlah baru,
     Sahabat lama tinggallah buang.


Lihat selanjutnya...(6)

Pantun

PantunSumberTema
Kampung Bandarsah baru, Kampung baru, Ketiga dengan Mataim, Kampung Mataim, Biar basah baju, kain dan baju, Kami tidak lain, mencari lain.Pantun Melayu SarawakBergendang
Anak kerbau mati lemas, Bangkai tersangkut di Kampung Baru; Cina Bau mendulang emas, Lombong emas di Tasik Biru.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Intan terpilih tercabut sarung, Disambarlah oleh dewa alperi; Puas kupilih di dalam kampung, Baru mendapat si jantung hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buat ketupat sebakul baru, Pergi jala di kampung Siam; Abang dapat sahabatlah baru, Sahabat lama tinggallah buang.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Hendak pergi ke Kampung Seberang, Hendak membeli ikan bertutu; Gigi baru tumbuh sebatang, Hendak makan jambu batu.Pantun Melayu SarawakNasihat
Kampung Tupung Seman, Panglima Seman, Tempat berlabuh dagang, perahu dagang; Peluk tubuh demam, rasa nak demam, Baru tahu seorang, badan seorang.Pantun Melayu SarawakBergendang
Gali cacing di Kampung Cina, Pergi mengail keruh airnya; Timbang dacing kena sukatnya, Baru berniaga boleh lama.Kurik Kundi Merah SagaPerniagaan
Orang berpantun di Kampung Hulu, Sambil mencabut ulam bermi; Tujuh tahun musim berlalu, Baru tersedar rumput di bumi.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Cik Saad membeli pinang, Pinang dibeli Kampung Sena; Puan ingat saya kenang, Baru boleh kawan lama.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bukan jagung sebaranglah jagung, Kacang melilit di batang aru; Bukannya datang sebarang kampung, Datang menghibur hati yang baru.Kurik Kundi Merah SagaAdat

Kembali ke atas