Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : negeri di timur laut Semenanjung, keluasan 14 893 km2, Kota Bharu sbg ibu negeri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Kelantan

Puisi
 

Dari Daik pergi Kelantan,
     Kencang angin barat selatan;
Sungguh baik teras di hutan,
     Lama disimpan tumbuh cendawan.


Lihat selanjutnya...(11)

Pantun

PantunSumberTema
Dari Siam pergi Kelantan, Dari Kelantan ke negeri China; Sesal dahulu jadi pendapatan, Sesal kemudian tiada guna.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Dari Daik pergi Kelantan, Kencang angin barat selatan; Sungguh baik teras di hutan, Lama disimpan tumbuh cendawan.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Jauh sungguh Sungai Kelantan, Biji selasih disiram minyak; Jauh sungguh abang datang, Terima kasihlah banyak-banyak.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Kalau abang pergi Kelantan, Kirim saya setangkai bunga; Kalau abang rindu tak makan, Saya di sini tidur tak lena.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Siti Wan Kembang perintah Kelantan, Nama termasyhur zaman dahulu; Baik-baik memilih intan, Takut terkena kaca dan batu.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Sayang Cik Amat tukang Kelantan, Kacip besi dengan besi; Kurasa kiamat di dalam badan, Jantung berperang dengan hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Hari Selasa membeli sutera, Sutera Kelantan merah pinang; Nelayan ceria bertambah gembira, Samudera luas beralun tenang.Pantun Melayu SarawakBerniaga
Orang Kedah timbang neraca, Seperti dacing negeri Kelantan; Kalau sudah nasib kaca, Terikat di cincin dikata intan.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Keris saya keris sempena, Pakaian anak raja Kelantan; Sirih saya datang bertanya, Ada tidak menaruh intan.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Pergi ke teluk turun mandi, Turun mandi Kuala Kelantan; Racun bisa makan tak mati, Inikan pula mabuk santan.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
12

Kembali ke atas