Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (bilangan yg besarnya sama dgn) empat ditambah satu: ~ belas 15; ~ puluh 50; ~ ratus 500; ~ besar a) lima negara yg berkuasa; b) lima orang dll yg berpengaruh; ~ segi sesuatu (rajah dll) yg mempunyai lima segi; dua kali ~ = spt ~ belas dgn tengah dua puluh prb sama sahaja; berlima lima (orang dll) bersama-sama, lima (orang dll) semuanya: mereka yg ~ itu pernah berselisih faham dengannya; kelima yg nombor lima; kelima-lima lima-lima sekali, lima semua­nya; perlima dibahagi lima (bahagian); se~ satu bahagian drpd benda yg dibahagi lima. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : akronim bagi Langkawi International Maritime and Aerospace. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bilangan empat ditambah satu; 5: ~ belas 15; ~ puluh 50; ~ ratus 500. dua kali ~ sama saja. berlima lima bersama-sama. kelima yg nombor lima: Rukun Islam yg ~ ialah mengerjakan haji di Mekah. kelima-lima lima-lima sekali; lima semuanya. perlima dibahagi lima (bahagian): dua ~ dua bahagian drpd benda yg dibahagi lima. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata LIMA

Puisi
 

Anak haruan lima-lima,
     Pilih saja yang mana besar;
Saya bukan ayam betina,
     Remak botak pantang berkisar.


Lihat selanjutnya...(55)
Peribahasa

Seperti lima belas dengan tengah dua puluh.

Bermaksud :

Sama saja.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Pantun

PantunSumberTema
Lima-lima cincin di jari, Saya kira sepuluh lima; Lima-lima datang ke mari, Yang seorang saya punya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak haruan lima-lima, Pilih saja yang mana besar; Saya bukan ayam betina, Remak botak pantang berkisar.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
Burung serindit hinggap berenam, Lima-lima terbang bersama; Wang ringgit jatuh menjunam, Jimat cermat langkah pertama.Pantun Melayu SarawakNasihat
Berapa banyak bintang, Aku hitung lima ribu lima; Apa pembujuk hatimu dayang, Hati dayang tidak menerima.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Lima enam tujuh lapan, Masak lemak ikan tenggiri; Aceh mengharap segala bantuan, Rakyat Malaysia segera memberi.Pantun Melayu SarawakBudi
Lima belas dayung petani, Pisang emas masak di kebun; Tuanlah belas memandang kami, Siang nan panas malam berembun.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Lima belas bulan purnama, Embun sudah di daun padi; Kalau sudah sebut nama, Berasyik rindu di dalam hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kaki lima tempat bersembang, Tempat orang menjual keledek; Lelaki sekarang berambut panjang, Perempuan pula berambut pendek.Pantun Melayu SarawakBerkait
Dua puluh lima nabi terbilang, Nabi Muhammad rasul pilihan; Mati dahulu atau kemudian, Itu semua kerja Tuhan.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Orang sembahyang lima waktu, Dalam sujud bunyi beduknya; Laut darat dunia satu, Langit juga akan tutupnya.Kurik Kundi Merah SagaAdat
123456

Kembali ke atas