Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : isteri atau suami kpd anak sendiri: Mak Tijah keberatan utk menerima Karim sbg ~nya; bermenantu mempunyai menantu: tidak lama lagi dia akan ~ pula; bermenantukan mempunyai seseorang sbg menantu, mengambil akan menantu: kalau kita ~ anak orang senang, banyak olahnya dan cerewetnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : isteri atau suami kpd anak sendiri. bermenantu mempunyai menantu. bermenantukan mempunyai seseorang sbg menantu; mengambil sbg menantu: Ia ~ orang yg terpelajar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata MENANTU

Puisi
 

Naik bukit terkedok-kedok,
     Hendak cari damar batu;
Habis kering bergadai golok,
     Hendak sambut anak menantu.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Anak seorang,
     menantu malim.

Bermaksud :

Sangat berbahagia. (Peribahasa lain yang sama makna: Anak baik, menantu molek). malim = ahli agama.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Pantun

PantunSumberTema
Elok hari bawa berunding, Jangan menunggu bala meletus; Eloklah hati menantu sumbing, Dengan menantu tertawa terus.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Walaupun perahu mulai lapuk, Kerana berguna dijaga orang; Walaupun menantu bagaikan beruk, Kerana kaya mentuanya sayang.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Lama duduk tentulah lapar, Hendak makan nasi tak masak; Mentua beruk menantu ular, Anak dimakan bini digasak.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Elok mengutip buah cempedak, Baunya wangi rasanya segar; Eloklah nasib mentua pekak, Menantu mengeji ia tak sedar.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Kerana kera hendak menikah, Banyak lembu merebus daging; Kerana mentua tamak serakah, Banyak menantu kurus kering.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Elok hari bawa berburu, Dengan berburu banyaklah daging; Eloklah hati mentua bisu, Dengan menantu tidak menengking.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Bukan tembaga bukannya perak, Anak kunci tidak beribu; Tuan juga janganlah tidak, Anak menantu di muka pintu.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Disusun padan bunga anggerik, Mahu diletak di pintu puan; Dipilih padan dipilih cantik, Baru jadi menantu tuan.Pantun Melayu SarawakNasihat
Naik bukit terkedok-kedok, Hendak cari damar batu; Habis kering bergadai golok, Hendak sambut anak menantu.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Budak-budak duduk di pintu, Apa dibuat mencari kutu; Habislah wang beribu-ribu, Sukalah hati mendapat menantu.Kurik Kundi Merah SagaAdat

Kembali ke atas