Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Makkah

Puisi
 

Nampak dari tanah Makkah,
     Di sana ramai anak bidadari;
Sabarlah kita sebelum nikah,
     Sama-samalah menjaga diri.


Lihat selanjutnya...(8)

Pantun

PantunSumberTema
Pergi Makkah lalu Madinah, Singgah bermalam tengah laut; Dengarlah ratap Siti Fatimah, Dengarlah suara Nabi Allah Daud.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Nampak dari tanah Makkah, Di sana ramai anak bidadari; Sabarlah kita sebelum nikah, Sama-samalah menjaga diri.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Bulan haji orang ke Makkah, Besar kecil tiada terbilang; Rasakan mati badan sebelah, Mendengar adik dipinang orang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Musim haji orang ke Makkah, Amalam baik sambil bertaubat; Dalam hati abang bersumpah, Menanti adik sampai kiamat.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bulan haji bulan mulia, Orang ke Makkah beramai-ramai; Bukan kumati kerana senjata, Sedang bercinta kasih tak sampai.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Anak kala memanjat pinang, Nampak dari tanah Makkah; Masa ini kita bertunang, Sabar-sabarlah sebelum menikah.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Rumah limas bertangkal-tangkal, Bawa mari pergi ke Makkah; Abang dah kasi emas sejengkal, Bila pula kita nak nikah?Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalau pindah pergi ke kota, Kalau haji pergi ke Makkah, Kalau berjalan sampai-sampai; Kalau lidah beri berkata, Kalau kaki beri melangkah, Kalau tangan beri menggapai.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Tudung saji pasak ke timah, Buat penudung buah Melaka; Naik haji Makkah - Madinah, Nak buang segala dosa.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Kalau tahu lemaknya lada, Serak bersirai pengebat benih; Kalau diundang mandikan jua; Bertuah orang pergi Makkah.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas