Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. menebas, menebang; (pokok, tumbuh-tumbuhan), membabat: me­re­ka ~ pokok-pokok kecil; 2. membuka (meneroka) hutan, merintis (jalan): biar sedikit benih yg ditanam dan sedikit rimba yg dirambah, asal tanaman itu dijaga dan rumputnya disiangi; ~ hutan; ~ jalan; 3. merampat (memarang, memukul, menem­baki, menyebat, dll) semuanya sekali gus: pasukan yg menceroboh itu dirambah dgn mesingan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : menebas atau memangkas tumbuh-tumbuhan dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Merambah


Pantun

PantunSumberTema
Rampak-rampak merambah dahan, Kerana kita hendak mengail; Banyak-banyak menyembah Tuhan, Kerana kita hamba yang jahil.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Sekali adik merambah, Seratus batangnya rebah; Sekali adik bersumpah, Seratus kali abang sembah.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Sekali orang merambah, Onak duri semua dilantak; Sekali abang bersumpah, Sampai mati takkan berganjak.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Kalau menebang sambil merambah, Bakar keladi di tepi sumur; Kalau abang berani bersumpah, Ingkar janji pendeklah umur.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Biarlah orang berhari raya Kita pergi merambah dahan; Biarlah orang mencari kaya, Kita mencari redanya Tuhan.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan

Kembali ke atas