Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. membentang panjang, ter-letak memanjang: satu banjaran gunung ~ di tengah-tengah Semenanjung Tanah Melayu; dawai telefon yg ~ dr rumah ke rumah; tugas hidupku ~ di depanku; 2. menggalang, menghalang, melintang (di jalan dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : terletak melintang di jalan, sungai dll; menggalang: Batang kelapa yg ~ di parit itu dijadikan titi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Merentang

Puisi
 

Anak enggang di kayu tinggi,
     Banyak daun merentang-rentang;
Anak dagang tak lama di sini,
     Sampai musim dia pulang.


Lihat selanjutnya...(3)

Pantun

PantunSumberTema
Sungguh elok merentang jala, Merentang jala tak ada basahnya; Sungguh elok orang nan gila, Orang gila tak ada susahnya.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Ribu-ribu merentang jalan, Ular lidi merentang tasik; Ribu-ribu orang di jalan, Adik seorang terpandang cantik.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tidak mudah merentang pukat, Pukat direntang sekali lepas; Tidak mudah memegang adat, Adat dipegang berhati ikhlas.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Tidak mudah merentang pukat, Pukat direntang mahu berendam; Tidak mudah memegang adat, Adat dipegang ilmunya faham.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Tidak mudah merentang pukat, Pukat direntang pancang dicacak; Tidak mudah memegang adat, Adat dipegang pantangnya banyak.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Tidak mudah merentang pukat, Pukat direntang tahan berlapar; Tidak mudah memegang adat, Adat dipegang dengan penyabar.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Tidak mudah merentang pukat, Pukat direntang mahu berhujan; Tidak mudah memegang adat, Adat dipegang mahu berkorban.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Tidak mudah merentang pukat, Pukat direntang berhujan panas; Tidak mudah memegang adat, Adat dipegang tahan melengas.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Tidak mudah merentang pukat, Pukat direntang pagi dan petang; Tidak mudah memegang adat, Adat dipegang dengan hati lapang.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Tidak mudah merentang pukat, Pukat direntang bersungguh hati; Tidak mudah memegang adat, Adat dipegang menempuh mati.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
12

Kembali ke atas