| Rumah siapa lentik bumbung, Rumah Cik Putih jual padi; Tunang siapa turun bertudung, Tunang abang nikah tak jadi. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
| Bunga tanjung putih berseri, Ambil dibubuh dalam puan; Rumah saya tuan tak mahu pergi, Boleh kita jumpa di jalan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Ke laut mari mengail duri, Terasa pula badan nak demam; Putih kuning mengajak lari, Saya tak tahu rumah imam. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |