Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
nama (kata nama)
1. Bersinonim dengan sebutan: panggilan, gelaran,

2. Bersinonim dengan kehormatan: kemasyhuran, maruah, kebaikan, kebesaran, kemegahan, kemuliaan, ketinggian,

Kata Terbitan : bernama, menamai, menamakan, ternama,

Puisi
 

Rumah siapa elok perabung,
     Itu nama rumah Cik Siti;
Tunang siapa turun bertudung,
     Tunang mana tunang tak jadi.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

75

If the shoe fits, wear it

Jika kita terasa apabila dikritik meskipun nama kita tidak disebut maka kritikan itu memang ditujukan tepat kepada kita.

Siapa makan cabai (lada) dialah terasa pedas (kepedasan)

When a Malay film portrayed a character who could not speak proper English, a veteran actress suddenly flew into a temper, accusing that the producer was trying to make fun of her. " If the cap fits, wear it!" rebuked the film producer.

Apabila sebuah filem Melayu memaparkan satu watak yang lintang-pukang bahasa Inggerisnya, seorang pelakon veteran tiba-tiba melenting marah, dengan menuduh bahawa pengeluar filem itu cuba mempersendakannya." Siapa makan lada dialah terasa pedas!" tempelak pengeluar filem itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(5)

Pantun

PantunSumberTema
Hisap rokok tembakau Jawa, Asap keluar berbunga-bunga; Tumpang bertanya si baju kasa, Tumpang bertanya siapa nama.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Dibilang kata disebut adat, Siapa beradat nama terpuji; Sebarang kerja patut beringat, Siapa ingat kerja menjadi.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Rumah siapa elok perabung, Itu nama rumah Cik Siti; Tunang siapa turun bertudung, Tunang mana tunang tak jadi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Siapa suka mendekati api, Lama-lama tentu terbakar; Siapa suka berbuat keji, Nama hina hidup terlantar.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Dibilang kata disebut adat, Siapa mendengar tentulah faham; Orang pendusta mulut berulat, Nama tercemar laku pun kejam.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Ada apa di Tanjung Batu? Encik Ali tukang perahu; Anak siapa gerangannya itu? Hanyalah rupa nama tak tahu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Rumah apa di hujung tanjung, Rumah Pak Jenal tukang perahu; Teman siapa berbaju gadung, Rasa kenal nama tak tahu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Api apa di Tanjung Jambu? Api Pak Jenal di hujung perahu; Anak siapa berdua itu? Sahaja kenal nama tak tahu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas