Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj binatang buas, Panthera leo; ~ laut sj anjing laut, Zalophus californiasus; (penyakit) raja ~ sj penyakit yg berbahaya, sifilis; hendak ~ di tengah padang lagi, drpd ular di dlm rumput = lebih baik seekor ~ di padang yg luas, drpd seekor ular di dlm rumput prb lebih baik berdepan dgn musuh besar di tempat terang drpd musuh kecil di dlm sulit; menyinga ki memberang, meradang: ia memandangnya dgn muka ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sj tumbuhan (pokok kecil), Melochia umbellata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : nama sj binatang buas yg memakan daging, Felis leo. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Singa

Puisi
 

Keris kecil menikam ular,
     Keris besar menikam singa;
Dari kecil tak hendak belajar,
     Sudah besar tertanya-tanya.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Lebih baik seekor singa di padang yang luas,
     daripada seekor ular di dalam rumput.

Bermaksud :

Lebih baik musuh besar di dalam terang daripada musuh kecil di dalam sulit.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

PantunSumberTema
Cukup berani anak singa, Cari makan di tengah laman; Niat hati mahu pakai bunga, Cuba-cuba masuk di taman.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Keris kecil menikam ular, Keris besar menikam singa; Dari kecil tak hendak belajar, Sudah besar tertanya-tanya.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Laksamana pergi mendekut, Dapat seekor punai gading; Kalau singa makan rumput, Tentu lembu makan daging.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Orang berseru di tengah medan, Pegang senjata minta lawan; Singa bertempik tengah hutan, Garoda lari sampai ke awan.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Dari awal sampai ke akhir, Limau lelang saya kupaskan; Singa bersoal garoda berfikir, Rimau garang saya lepaskan.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Anak siapa duduk di bangku, Beli limau taruh di saku; Singa mengaum di celah batu, Takut rimau sorokkan kuku.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Mengapa kumbang menyeri bunga, Kerana lemaknya madu disana; Mengapa orang menjadi singa, Kerana tamaknya memburu harta.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat

Kembali ke atas