Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tolong
Kata Terbitan : bertolong-tolongan, menolong, pertolongan, penolong,

Puisi
 

Kalau abang pandai merebat,
     Tolong rebat pokok keranji;
Kalaulah abang pandai mengubat,
     Tolonglah cari ubat tak mati.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Bak anjing tersepit.

Bermaksud :

Ketika menderita merendah diri meminta tolong, terlepas daripada kesusahan, meninggikan diri kembali. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anjing terpanggang ekor, b. Bagai anjing tersepit di pagar).

 

Lihat selanjutnya...(5)

315

A liar is not believed when he tells the truth

Orang yang sudah biasa berbohong akan disangsikan kebenaran katanya.

Kayu bengkok, masakan lurus bayangannya?

Please don't make up stories because a liar is not believed when he tells the truth. You have only yourself to blame if your genuine pleas for help go unheeded someday.

Janganlah awak mereka-reka cerita kerana orang akan beranggapan kayu bengkok, masakan lurus bayangannya. Jangan awak menyalahkan orang lain pula jika rayuan minta tolong awak itu, meskipun betul, tidak diendahkan kelak.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Pantun

PantunSumberTema
Adat sekampung tolong-menolong, Adat senegeri beri-memberi; Adat menolong jangan menggulung, Adat memberi jangan mengiri.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Tali kuda tolong tambatkan, Terbang sekawan burung merpati; Bukan tidak kanda katakan, Adik membela si kami mati.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Kalau abang pandai merebat, Tolong rebat pokok keranji; Kalaulah abang pandai mengubat, Tolonglah cari ubat tak mati.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Kalau tuan pergi ke kolam, Tolong ambil buah pedada; Sedaplah sungguh tidur bertilam, Rambut seurat menggalang dada.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalau tuan pergi ke huma, Tolong penggal pisang sesikat; Kalau tuan menjadi bunga, Saya menjadi helang pengikat.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sifat keluarga berkasih sayang, Sama serumah tolong-menolong; Adat dijaga budi terbilang, Petua amanah sama dijunjung.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kain ini kain sutera, Kalau mandi tolong sidaikan; Rahsia ini kita berdua, Orang lain dibilang jangan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalau jerebu melanda Malaysia, Api di Jambi tolong padamkan; Kalau berseteru sesama manusia, Hati dirasuk oleh syaitan.Pantun Melayu SarawakNasihat
Tudung dipakai kain cita, Kain murah kain kudi; Tolong menolong budaya kita, Itulah amalan orang berbudi.Pantun Melayu SarawakBudi
Gugur jadi tanah, Tumbuh jadi tebu; Duduk dalam rumah, Tolong ayah ibu.Pantun Melayu SarawakJati Diri
123

Kembali ke atas