Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.cuh] | اچوه

Definisi : peduli, mengambil berat, mengendahkan; tak ~ tidak peduli; ~ tak ~ (hampir) tidak menunjukkan minat atau memberikan per­hatian (kpd sesuatu), kurang peduli, endah tak endah: sikap ~ tak ~ ini merugikan per­juangan kebangsaan; mengacuhkan mempedulikan, mengendah­kan, menghiraukan: tidak ~ larangan orang tua-tua; acuhan sesuatu yg diendahkan, sesuatu yg menarik minat atau perhatian; ketidakacuhan sikap tidak mengendahkan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.cuh] | اچوه

Definisi : peduli; mengendahkan: tak ~ tidak peduli; tidak mengendahkan; ~ tak ~ tidak mengambil berat; tidak memberikan perhatian. mengacuhkan menaruh minat atau mengambil berat terhadap sesuatu; mempedulikan: Kerana bongkak, dia tidak ~ nasihat orang lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata acuh


Pantun

PantunSumberTema
Mengapa makan haru sepiring, Kerana pinggan sedang dibasuh; Mengapa badanku kurus kering, Kerana tuan acuh tak acuh.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Cukup sudah memasang api, Tetapi belum mendapat rasa, Cukup sudah abang menunggu, Tetapi adik tak acuh juga.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bagaimana orang takkan beramuk, Dusun dan desa di rosak musuh; Bagaimana abang takkan merajuk, Bertahun ku puja adik tak acuh.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas