Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata adab;

Puisi
 

Saya tidak membakar arang,
     Abang mengepit si bunga dedap;
Saya tidak kata sebarang,
     Kerana abang tak tahu adab.


Lihat selanjutnya...(2)

Pantun

PantunSumberTema
Kata tua kata adat, Adat berisi adab Melayu; Ada tuah ada sifat, Sifat sejati beraib malu.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kata tua kata adat, Adat berisi penonton adab; Ada tuah ada sifat, Sifat sejati santun bercakap.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Adat Melayu dari muafakat, Duduk di majlis memakai adab; Kuat Melayu berdiri adat, Elok manis sesuai cakap.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Bercakap dusta memanglah haram, Menjual kawan pantang sekali; Adab dijaga siang dan malam, Berbekal iman sepanjang hari.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Bercakap lurus berkata benar, Muka jernih hati pun bersih; Adab halus pantang mengasar, Pantang sekali mencari selisih.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Orang beradat elok tabiat, Bercakap lurus berkata benar; Membuang adat kutuk melekat, Adab pupus nama tercemar.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Adat Melayu pantang menipu, Bercakap dusta memanglah haram; Sifat Melayu memegang malu, Adab dijaga siang dan malam.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Adat Melayu tegaknya lurus, Bercakap lurus berkata benar; Sifat Melayu hendaklah halus, Adab halus pantang mengasar.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Betul belat betul injabnya, Betul injab lukah berisi; Betul adat betul adabnya, Betul adab tingkah terpuji.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Pucuk paku makanan kalui, Dahan dedap bertaruk muda; Tak berbalas tak berbalui, Tak ada adab sesama muda.Kurik Kundi Merah SagaAdat
12

Kembali ke atas