Terbilang kayu kerana kuatnya, Kuatnya elok menjadi tongkat; Terbilang Melayu kerana adatnya, Adatnya elok mencari muafakat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Terbilang kayu kerana kuatnya, Kuatnya dapat dibuat pasak; Terbilang Melayu kerana adatnya, Adatnya dapat tempat berpijak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Terbilang kayu kerana kuatnya, Kuatnya dapat dibuat sampan; Terbilang Melayu kerana adatnya, Adatnya dapat menguatkan iman. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Terbilang kayu kerana kuatnya, Kuatnya dapat dibuat dayung; Terbilang Melayu kerana adatnya, Adatnya dapat tempat berpayung. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Terbilang kayu kerana kuatnya, Kuatnya boleh dibuat pengayuh; Terbilang Melayu kerana adatnya, Adatnya boleh tempat berteduh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Terbilang kayu kerana kuatnya, Kuatnya dapat dibuat gelegar; Terbilang Melayu kerana adatnya, Adatnya dapat tempat bersandar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Besar kayu kerana uratnya, Uratnya besar dapat bersimpuh; Besar Melayu kerana adatnya, Adatnya besar tempat berteduh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Mulia suku adatnya kukuh, Dipegang tidak dapat diungkai; Bila bersatu umat kan teguh, Sebarang kehendak cepat dicapai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Mulia suku adatnya kukuh, Barang ke mana selalu dipakai; Bila bersatu umat kan teguh, Sebarang kerja tentu selesai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Mulia suku adatnya kukuh, Tegaknya tetap tidak berubah; Bila bersatu umat kan teguh, Retaknya tidak membawa belah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |