Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. (paling) besar, terutama: balai ~; layar ~; tiang ~; 2. yg tertinggi: pemerintah ~; 3. teristimewa, terkemuka, terutama: Allahyarham Tun Abdul Razak seorang pemimpin yg ~; Allahyarham P. Ramlee seniman ~ Malaysia; tamu ~; 4. yg terbuka kpd dan utk dihadiri oleh semua ahli (bkn mesyuarat, persidangan, dsb): persidangan ~ UMNO; mesyuarat ~ Kesatuan Sekerja DBP; mengagungkan menjadikan (menganggap dsb) agung, membesarkan, memuliakan, me­ninggikan: al-Quran ~ ilmu pengetahuan dan memuliakan ahli ilmu; mengagung-agungkan selalu (sering kali) mengagungkan, sangat mengagungkan; keagungan kebesaran, kemuliaan, keting­gian: ~ Abdullah sbg pengarang terletak pd konsepsinya yg moden; keagungan kebesaran, kemuliaan, keting­gian: ~ Abdullah sbg pengarang terletak pd konsepsinya yg moden; pengagungan perbuatan dsb mengagungkan: antara yg menghalang perkembangan pesat bahasa Melayu ialah kekurangan bahan rujuk­­an dlm bahasa itu dan ~ bahasa Inggeris. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata agung I


Pantun

PantunSumberTema
Mengayuh jong di pagi Jumaat, Tali kemudinya jela-berjela; Sungguh agung Nabi Muhammad, Budi pekertinya tiada tercela.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Banyak haji perkara haji, Haji berkunjung ke Baitullah; Banyak puji perkara puji, Pujian agung kepada Allah.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Banyaklah haji perkara haji, Haji berkunjung ke Baitullah; Banyaklah puji pekara puji, Pujian agung kepada Allah.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kuih Melayu hidangan istimewa, Hidangan petang bersama kawan; Di puncak kejayaan melihat dunia, Betapa agung kebesaran Tuhan.Pantun Melayu SarawakUmum

Kembali ke atas