| Waktu mandi berkain basahan, Supaya aib tidak tersingkap; Baru sekali main sungguhan, Kerana nasib awak tertangkap. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Kalau kacip sudah dibuka, Buah pinang nan ditunangnya; Kalau aib sudah ke muka, Kalau menangkan imbangnya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Bagaimana khatib takkan marah, Hari Jumaat pergi berburu; Bagaimana aib takkan terdedah, Laki jahat bini pencemburu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Kain dicelup menjadi baju, Kain dapat dilipat-lipat; Pakaian hidup aib dan malu, Pakaian mati amal ibadat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Seburuk-buruknya helang, Ada juga bulunya; Seburuk-buruknya orang, Ada juga aib malunya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Anak elang terbangnya pagi, Sesudah maghrib barulah pulang; Awak sayang orang membenci, Daripada aib biarlah hilang. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Buah putat buah kemiri, Buah terung berwarna ungu; Tuah adat tuah senegeri, Tuah pelindung aib dan malu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Apa tanda benalu sakat, Tempat kumbang menghisap madu; Apa tanda Melayu beradat, Adat memegang aib dan malu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Orang beradat bersifat bijak, Tahu membaca tanda alamat; Membuang adat umat kan rosak, Malu menimpa aib mendekat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |