Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : = ~ beku ais; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata air batu

Puisi
 

Lipat kain lipat baju,
     Taruh mari di atas puan;
Sekira air menjadi batu,
     Baru saya lupakan tuan.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Lekuk batu dititik air selalu.

Bermaksud :

Biar bodoh sekalipun kalau belajar dengan bersungguh-sungguh, nescaya akan menjadi pandai juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belakang parang lagi kalau diasah nescaya tajam, b. Punggung lading kalau diasah, lama-lama tajam juga).

 

Lihat selanjutnya...(15)

260

East, west, home's the best

Betapa baik pun tempat orang, baik lagi tempat sendiri.

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri; baik lagi di negeri sendiri

My father has been living abroad for years, and now he's a successful businessman. But deep down in his heart, he yearns to return to his homeland because to him, east, west, home's the best.

Bapaku telah lama hidup di perantauan, dan kini menjadi usahawan yang berjaya. Namun begitu, jauh di dalam hatinya, dia hendak pulang ke tanah air, kerana baginya, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri; baik lagi di negeri sendiri.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(7)

Pantun

PantunSumberTema
Jangan puan ke Kota Batu, Air serbat tapis di kain; Jangan tuan kata begitu, Haram tiada pada yang lain.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Lipat kain lipat baju, Taruh mari di atas puan; Sekira air menjadi batu, Baru saya lupakan tuan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ikan duri dalam air, Ikan belukang atas batu; Emas sekodi intan setahil, Cari tukang ikatkan satu.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Naik gunung mana arak, Batu mana tanah air; Rendah gunung tinggi arak, Dari awal sampai akhir.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Tuan kayuh orang berempat, Tuan menuju ke rumah raja; Kalau sampai di Batu Pahat, Macam menitik air mata.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Arang batu lembah Kalimantan, Lombong diurus anak Peringgi; Orang sudah samai ke bulan, Tuan mencedok air perigi.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa

Kembali ke atas