| Air hujan turun mencurah, Jatuh ke tanah terus ke laut; Binasa badan menahan gundah, Kasih kucurah tiada bersambut. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Musang jebat di Kampung Cik Raoh, Dari jauh disangka kucing; Hujan lebat air pun keruh, Cuba-cuba turun memancing. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
| Air dalam bertambah dalam, Hujan di hulu belumlah teduh; Hati dendam bertambah dendam, Dendam dahulu belumlah sembuh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Air dalam bertambah dalam, Hujan dahulu belumlah teduh; Hati dendam bertambah dendam, Luka dahulu belumlah sembuh. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Hijau dada burung serindit, Kuberi makan jambu mawar; Walau setahun hujan di langit, Air di laut haram tak tawar. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
| Hijau-hijau si bulu serindit, Makan mari jambu mawar; Berapa tahun hujan di langit, Air di laut tidaklah tawar. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |