Air perigi nampak bening, Untuk minuman orang sekampung; Kupandang pipi yang putih kuning, Remuklah tulang pecahlah jantung. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Hijau-hijau air perigi, Kaca remuk di dalam puan; Tuan mengigau saya bermimpi, Mimpi tak salah muka tuan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Ya Allah alaihi Rabbi, Terang seperti air perigi; Jikalau diturut hati begini, Tuanlah juak rela kumati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Arang batu lembah Kalimantan, Lombong diurus anak Peringgi; Orang sudah samai ke bulan, Tuan mencedok air perigi. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Apa guna menggali perigi, Air masin bilakan tawar; Apa guna bernikah lari, Nama baik jadi tercemar. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Kapal puan berisi manik, Jambu air tepi perigi; Tuan datang silalah naik, Ambil air pembasuh kaki. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Ambil air dari perigi, Ada yang dijinjing ada ditatang; Belum disuruh sudah pergi, Belum dipanggil sudah datang. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Berkilat air di perigi, Nak mandi rasa tak jadi; Berlilat laka di gigi, Itulah pembawa rosak di hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau bertemu di Teluk Muda, Ambil air dalam perigi; Kalau ilmu penuh di dada, Ke mana pergi sedia berbakti. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |