Ikan air tawar, Masak asam pulasan; Sibuk cari penawar, Ubat tidak berkesan. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Jadi ikan bertutu, Ikan air tawar, Anak jadi kutu, Sibuk cari penawar. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Apa guna menggali perigi, Air masin bilakan tawar; Apa guna bernikah lari, Nama baik jadi tercemar. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Hijau-hijau si bulu serindit, Makan mari jambu mawar; Berapa tahun hujan di langit, Air di laut tidaklah tawar. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Hijau dada burung serindit, Kuberi makan jambu mawar; Walau setahun hujan di langit, Air di laut haram tak tawar. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |