Adat sebanjar ajar-mengajar, Adat seladang kenang-mengenang; Adat mengajar pada yang benar, Adat mengenang susah dan senang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Adat Melayu bertunjuk ajar, Berisi petuah dengan amanah; Kuat Melayu duduk sejajar, Sarna tinggi dan sama rendah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Kata adat kata berhikmah, Tunjuk ajar isi di dalam; Kita seadat sama setanah, Duduk setikar makan setalam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Kata tua kata adat, Adat berisi tunjuk ajar; Ada tuah ada sifat, Sifat sejati elok penyabar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Mulia umat kerana beradat, Adat dipakai bertunjuk ajar; Bila muafakat tuah melekat, Hidup beramai elok dan benar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Elok anak kerana dipandang, Dikandang dengan tunjuk dan ajar; Elok akhlak nama terpandang, Lapanglah jalan duduk pun benar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Berburu ke Padang Datar, Dapat rusa bergelang kaki; Berguru kepalang ajar, Macam bunga kembang tak jadi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Jahit baju jahit seluar, Jangan dijahit kain berbalik; Kalau hendak sila ajar, Kalau tidak hendak saya nak balik. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Cumi dan Ciku pergi belajar, Terus bermain jungkang jungkit; Suami curang ditunjuk ajar; Biar tahu tingginya langit. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Terbang tempua membumbung tinggi, Terbang geroda melengkok pagar; Orang nan tua dijunjung tinggi, Orang nan muda ditunjuk ajar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |