Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata akan datang

Puisi
 

Kalau tak dapat mandi perigi,
     Mandi permatang nak mandi jua;
Kalau tak dapat tahun ini,
     Tahun akan datang nak balik jua.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Terimbau pada orang yang akan datang,
     tersuruh pada orang yang akan pergi.

Bermaksud :

Menyuruh seseorang mengerjakan pekerjaan yang disukainya.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pantun

PantunSumberTema
Kalau tak dapat mandi perigi, Mandi permatang nak mandi jua; Kalau tak dapat tahun ini, Tahun akan datang nak balik jua.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Anak keling duduk di upih, Duduk berjuntai di permatang; Kalau nak tolak kenal berkasih, Nanti si undai akan datang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Dari mana datang berakit? Bawa berdua akan belayarnya; Dari tuan datang penyakit, Tuanlah juga akan ubatnya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ganda guli gulut-bergulut, Titian ini menjelang batu; Ke mana pergi akan turut, Datang ke mari kerana malu.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Buah pauh di atas batang, Sayang cermai di atas batu; Tuan jauh ke mari datang, Meramai akan kampungku.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Mengetam padi dalam jerami, Angkut-angkut dalam almari; Kerana sudi akan kami, Bila dijemput datang ke mari.Kurik Kundi Merah SagaAdat

Kembali ke atas