| Awal Muharam Maal Hijrah, Akhir tahun bulan Zulhijah; Awl bismillah kuucap takziah, Takdirnya Tsunami kudrat Allah. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |
| Dari awal sampai ke akhir, Limau lelang saya kupaskan; Singa bersoal garoda berfikir, Rimau garang saya lepaskan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
| Jika dituju selepas berlari, Akhir kumbang beranak telur; Jikalau diturut hatiku ini, Akhirnya padang menjadi kubur. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Baju merah saga, Solat hari Jumaat; Ibu kami jaga, Hingga akhir hayat. | Pantun Melayu Sarawak | Kiasan |
| Jahit kain kasa berbunga, Lebih kain buat selendang; Jika begini rasa-rasanya, Akhir kampung menjadi padang. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
| Bukan pita sebarang pita, Pita dipakai untuk pengikat; Bukan cinta sebarang cinta, Cintaku sampai akhir hayat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Rambut ikal gulung di dahi, Khabar pulang bersarung gigi; Rasa tak kekal diam di sini, Akhir pulang ke tempat sendiri. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
| Naik gunung mana arak, Batu mana tanah air; Rendah gunung tinggi arak, Dari awal sampai akhir. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
| Cacaklah ubi tanda bertani, Ubi dikerat di dalam taman; Banyaklah nabi turun ke bumi, Nabi Muhammad nan akhir zaman. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Adapun ikan selalulah basah, Kureha hidupnya di dalam air; Tanda beriman tahu kan Allah, Mulia hidupnya di alam akhir. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |