Lesung batu ulunya batu, Mari ditampi nyiru dan dulang; Tolong aku bantulah aku, Aku nak rebut kasihlah orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Jeling-jeling paku, Paku masak lemak; Siapa jeling aku, Aku cakap pada emak. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Paku pemahat paku perigi, Paku jangan berombak lagi; Aku jahat aku pergi, Aku jangan disebut lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Ambil kain buangkan baju, Kerana baju tidak bertepi; Ambil lain buangkan aku, Kerana aku tidak berbudi. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Ada kain buangkan baju, Kerana baju panjang lima; Ada lain buangkan aku, Kerana aku dagang hina. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Sayangkan kain buangkan baju, Sebab baju panjang lima; Sayangkan lain buangkan aku, Sebab aku orang dah lama. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Ambil kain buangkan baju, Kerana baju karang bunga; Ada lain lupakan aku, Kerana aku orang hina. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Ambil kain buangkan baju, Sebab baju cariknya lima; Ambil lain buangkan aku, Kerana aku sudah lama. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Ada kain lupa ke baju, Konon baju layu dah bunga; Ada lain lupakan aku, Kerana aku orang dah hina. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sakit gigi dimakan ulat, Tinggal sebatang dua batang; Tuan benci aku meluat, Tuan kasih aku sayang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |