Suka duka malam menjelang, rahmah makan tidak bergulai; Jika belajar alang kepalang, Eumah terbakar kampung tergadai. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Perahu bukan sebarang-barang, Tiangnya patah diterpa angin; Malunya bukan alang kepalang, Sedang nikah tersimbah kain. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Sapu tangan berbelang-belang, Dibawa orang dalam kenduri; Maluku bukan alang kepalang, Kerana abang mungkirkan janji. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Waktu makan orang pun pulang, Minum kopi minum bersama; Malunya bukan alang kepalang, Mencium bini tercium mentua. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Pengat pisang kesukaan beta, Acar timun dengan mengkuang; Ingatlah pesan para pendeta, Belajar jangan alang kepalang. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Walaupun kain dicelup rata, Masih banyak berbelang-belang; Walaupun miskin hidup merana, Kasihku tidak alang kepalang | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Anak beruk mencuri betik, Diburu orang lintang-pukang; Awak kurus berbini cantik, Cemburu bukan alang kepalang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Cik Akob mengayak besi, Mari tuba di Pulau Lalang; Pujuklah dia hingga mati, Main muda alang kepalang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |