| Kalau jermal hendak mengena, Cacakkan belat rapat-rapat; Kalau amalan hendak sempurna, Banyakkan selawat kepada Muhammad. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Orang berniaga semalam-malaman, Apa jualan pulut berinti; Hidup di dunia buat amalan, Untuk bekalan akhirat nanti. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
| Tudung dipakai kain cita, Kain murah kain kudi; Tolong menolong budaya kita, Itulah amalan orang berbudi. | Pantun Melayu Sarawak | Budi |
| Angin sakala turunkan layar, Supaya maju sampah dikayuh; Ingin beramal tekun belajar, Kerana ilmu amalan senonoh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Bukan mudah menjala pari, Menjala pari tahan berhujan; Bukan mudah menjaga diri, Menjaga diri dengan amalan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |