Patuh Melayu kepada amanah, Amanah dijaga hidup dan mati; Senonoh laku terpelihara sumpah, Sumpah bertakhta di dalam hati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Bukan mudah berladang sawah, Sawah ladang kerjanya berat; Bukan mudah memegang amanah, Amanah hilang ditimpa laknat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Elok parang kerana ditempah, Ditempah pada tukang yang handal; Elok orang kerana amanah, Amanah diterima adat pun kekal. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Taat anak ke ibu bapak, Amanah dipegang pesan diikut; Adat tegak tuahnya nampak, Ke mana melenggang tiada sangkut. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Orang beradat memelihara pusaka, Petaruh amanah ia jalankan; Membuang adat membawa celaka, Musuh bertambah binasa badan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Kata tua kata adat, Ada berisi petuah amanah; Ada tuah ada sifat; Sifat sejati suka merendah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Kata adat kata berumpun, Berumpun kepada petuah amanah; Ada adat terbawa santun, Sopan santun membawa maruah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Elok anak kerana dikandang, Dikandang dengan petuah amanah; Elok akhlak nama terpandang, Orang segan maruah bertambah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Adat Melayu bertunjuk ajar, Berisi petuah dengan amanah; Kuat Melayu duduk sejajar, Sarna tinggi dan sama rendah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Nisan batu tambak belian, Jari jangan diberi luka; Amanah ibu bapa pesan, Janji jangan diberi lupa. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |