Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) anak abdi yg diambil jadi anak oleh tuannya; b) Id anak yg diambil sbg anak oleh orang asing; c) orang yg dikasihi oleh majikannya (diberikan layanan istimewa); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 anak hamba yg diangkat sbg anak oleh tuannya. 2 orang yg dikasihi oleh ibu bapanya atau majikannya. menganakemaskan memperlakukan spt anak emas (sangat dikasihi ibu bapanya atau majikan). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anak emas

Puisi
 

Pisang emas beranak banyak,
     Anak tumang dalam telaga;
Minta maaf banyak-banyak,
     Tiada jodoh kita berdua.


Lihat selanjutnya...(8)

Pantun

PantunSumberTema
Pisang emas anak banyak, Anak kumbang dalam gua; Minta maaf banyak-banyak, Tiada teman kita berdua.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak kerbau mati lemas, Bangkai tersangkut di Kampung Baru; Cina Bau mendulang emas, Lombong emas di Tasik Biru.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Pisang emas beranak banyak, Anak tumang dalam telaga; Minta maaf banyak-banyak, Tiada jodoh kita berdua.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Beras dibawa dalam negeri, Anak udang dalam perahu; Emas perak boleh diuji, Hati orang siapa tahu.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Kemas rumah di waktu senja, Anak buaya naik mencuri; Emas intan ada harga, Budi bahasa sukar dicari.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Anak merak Kampung Cina, Singgah berhenti kepala titi; Emas perak kebesaran dunia, Budi bahasa tak dapat dicari.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Anak kucing bercakar-cakar, Berlari-lari berbondong-bondng; Pekan Bau hangus terbakar, Emas hilang berjongkong-jongkong.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Anak angsa mati lemas, Lemas mari di air masin; Hilang bangsa kerana emas, Hilang budi kerana miskin.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Cik Dol anak Cik Tahir, Tangkap belalang di celah batu; Emas sekati intan setahil, Cari tukang ikatkan satu.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Kain Bugis kain Palembang, Pakai anak Raja Semarang; Mas merah asalnya kurang, Emas bersepuh di kayu arang.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran

Kembali ke atas