Anak muda belum berakal, Siang ke sana malam ke mari; Hendak kusapa belumlah kenai, Kutimang saja di dalam mimpi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Anak muda Raja Sulaiman, Duduk di tingkap bermain angin; Tuan rindu pandang laman, Itu tempat kita bermain. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Aur lentik dijinak kijang, Anak Jawa minum di mangkuk; Keningnya lentik dadanya bidang, Anak muda dipanah mabuk. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Anak kuda melompat-lompat, Bila Ielah masuk ke kandang; Sejak muda berhemat-hemat, Supaya tua hidup terpandang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Anak kuda baru kan lahir, Sudah dibawa berjalan jauh; Sejak muda perlu berfikir, Supaya tua kelakuan senonoh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Anak kuda baru kan lahir, Sudah dibawa berjalan jauh; Sejak muda berhemat-hemat, Supaya tua hidup terpandang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Anak geroda meninggi hari, Mati ditembak di dalam buai; Banyak muda dapat dicari, Gelak di manakan sesuai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Anak kuda mandi di kali, Bila senja naik ke darat; Sejak muda berhati-hati, Bilalah tua baik tabiat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Anak tempua ditimpa antan, Kaki luka mulut berdarah; Awaklah tua selera menyetan, Berbini muda lutut pun goyah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Anak Cina memasang colok, Pergi ke pasar membeli pari; Jangan gegar jangan dijolok, Kerana buah muda lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |