Andainya kuda memakan nasi, Tentulah makan dengan tuanya; Andai mudanya tekun mengaji, Tentulah nyaman di hari tuanya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Andainya kuda memakai tanduk, Tentu rupanya kan lebih gagah; Andai mudanya berperangai elok, Tentu tuanya lebih bertuah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Andainya kuda tak mahu besar, Tentulah susah dinaiki orang; Andai mudanya tak mahu belajar, Tentulah tuanya jadi terbuang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Andainya kambing tidak berjanggut, Tentulah lain nama diberikan; Andai keningnya tidak pernah sujud, Tentulah lenjin di hari kemudian. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Andainya hujan lebat mencurah, Eloklah kita membawa payung; Andainya kawan dapat musibah, Eloklah kita segera menolong. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Andainya hujan lebat sekali, Jangan pergi menahan jerat; Andainya kawan mendapat rezeki, Jangan mengiri atau mengumpat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Andainya sudah memakai kain, Jangan lagi berseluar panjang; Andainya sudah bernikah kahwin; Jangan sekali berlagak bujang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Andainya sudah memakai kain, Elok sekali mengenakan baju; Andainya sudah bernikah kahwin, Duduk berdiri menjaga malu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Andainya ketupat sudah diisi, Cepat-cepat menjerang kawah; Andainya pangkat sudah tinggi, Ingat-ingat orang di bawah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Andainya laut sudah tenang, Cepat-cepat memasang layar; Andainya perut sudah kenyang, lngat-ingat orang yang lapar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |