Besar kayu kerana uratnya, Urat berjuntai ditiup angin; Besar Melayu kerana adatnya, Adat dipakai hidup terjamin. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Gulai lobak ikan senangin, Nampak lombong mengail emas; Ombak besar dikacau angin, Ikan di tepi mati lemas. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Angin barat ombaknya besar, Mahu ke laut berhati-hati; lngin selamat banyak belajar, Ilmu dituntut bekal dicari. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Apabila bertiup angin barat, Ombak besar berhenti dulu; Apabila hidup ingin selamat, Bercakap benar berbudi tahu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |